KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Saturday, March 28, 2009

AL-FATIHAH...dalam kenangan, 1924-2009

Salam..

Buat opah tersayang,
SITI SARIPAH BINTI SYED AHMAD
1924-2009

Dulu,
OPAH sering meluahkan,
"Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai",
OPAH tak lupa menasihatkan,
"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam",
OPAH juga sering mengingatkan,
"Yang patah tumbuh, yang hilang berganti....",

Kini,
OPAH telah pergi,
Pergi menghadap Ilahi,
Perginya OPAH mengembara seorang diri,
Hilangnya OPAH tak akan pernah ada pengganti...

Dulu,
Tempat itu ada penghuni...
Kini,
Ia sunyi dan sepi...


Al-Fatihah...

Semoga Allah mengampunkan dosa2 opah dan semoga opah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Ameen...

Firman Allah s.w.t : Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
(surah An-Nisa: 78)

Friday, March 20, 2009

slamat bercuti - mid term break!

Salam..

  • You must have a complete agreements between your WORDS and your DEEDS...a.k.a, WALK THE TALK
  • keBENARan yang TIDAK TERSUSUN dapt diKALAHkan dengan keBATILan yang TERSUSUN...
  • The only person that you can CHEAT in this world is you, YOURSELF!
  • Kita hendaklah sentiasa merasa diri kita FAKIR = rasa apabila kita TIDAK MEMILIKI sesuatu, dan TIADA SESIAPA pun MEMILIKI kita, kecuali ALLAH...
MANTAPKAN TARBIYYAH, SEMARAKKAN DAKWAH!!!

p/s: slamat bercuti dengan study dan assignments!!!

Tuesday, March 17, 2009

kelemahan diri...

Salam..

Kegagalan saya...
bukti kekuasaan Allah...
menyedarkan saya kelemahan diri...
Kita tak akan mampu,
untuk berdiri sendiri..
Tapi,
jangan pernah putus harapan..
kerana Allah tahu,
apa yang terbaik untuk kita!!!

coklat cadbury pengganti anis..xsempt nak jumpa anis..tp jumpa coklat cadbury...
maka anis = coklat cadbury...
makan coklat cadbury = makan anis..
hmmm...xmolaa makan coklat cadbury
:P



Monday, March 16, 2009

post yang ke-100 :)

Salam..

Alhamdulillah..
post yang ke-100 sudah...

hmmm..
masih terngiang-ngiang apa yang ain katakan kat izzah pada malam hari khamis lepas..

sewaktu Izzah hampir putus harapan terhadap sesuatu perkara...ain mengingatkan..
"tulaa izzah...orang slalu cakap...benda yang kita nak sgt2, slalu kita susah or xkan dapat...tapi kan izzah, Allah kan ada berfirman, yang “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” "

hmmmm...trimas ain...

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia." -13:11-

p/s: tetiba izzah rindu kat deena n anis!!!

Saturday, March 14, 2009

si dia yang ku rindu... ;)

Salam...

saya rindu kat mohd...

dan juga rindu kat shahmim...

dan xlupa juga kepada aiman...

Thursday, March 12, 2009

KHAIRA UMMAH!!!

Salam..

Dikala sore itu
Aku melihat
Pelbagai ragam, pelbagai karenah

Dikala sore itu
Aku termenung, aku berfikir
Tatkala matahari semakin menunduk malu
Tatkala unggas-unggas pulang ke sarang
Tatkala itu jugalah, hati insan terus diulit kelalaian

Kita petah berbual bicara
Kita sibuk bermadu asmara
Namun, kita lalai tentang isu dunia
Kita tuli dengan isu politik
Malah, kita buta akan isu ekonomi
Apatah lagi sains dan teknologi

Bibir sudah lekang dengan selawat
Tetapi semakin bah dengan umpatan
Minda sudah serabut dengan pelajaran
Tetapi semakin kontang dengan pengetahuan
Dan akhirnya
Hati yang meronta-ronta
Dibiar mati begitu sahaja

Mengaku diri mencintai Allah
Tetapi tidak pernah berusaha mengenali Rasul
Berkata diri merindui Rasul
Tetapi sunnah
Huhh..hancur dilebur

Oleh itu wahai UMMAH
Bangunlah dari tidurmu!
Sedarlah dari mimpi-mimpimu!
BERSATULAH!
Dengan 'izzah yang gah
Dengan wahdah yang tak goyah
Untuk menegakkan khilafah
Dalam membentuk Daulah Islamiyyah

Anjakan sunnah Rasulullah
Dalam menjana KHAIRA UMMAH!!!

~izzahmeor~


Tuesday, March 10, 2009

lelah...

Salam...

penat..
sangat..
letih..
teramat..
dengan semuanya..
namun..
jangan kau berputus asa!!!
sinar cahaya...
nun dihadapan sana...!


Saturday, March 07, 2009

pesanan akhwat kepada ikhwah...

Salam...


Kami ini senang jika diperhatikan,
Apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa,
Ikhwah yang mempunyai karisma,
Atau ikhwah yang alim,
Atau ikhwan yang bersifat "cool"
Apatah lagi mempunyai sifat penyayang,
Walhal kami belum mampu berhijab secara baik,
Oleh itu tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya,
dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya...

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami,
Rasa dihati tidak dapat diperkatakan lagi,
Kami terasa seakan dihargai,
Namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita,
Oleh itu cukuplah bicara kalian
Jika kalian mulai memberi pujian kepada kami
Meskipun itu hanya sebuah pujian kecil

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah,
tapi maaf...
Bukan kerana apa-apa
Tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami,
Meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini,
Terkadang kami pun terlepas kata dan laku,
Malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas,
Kerana itu pertama, NASIHATIlah kami akan azab ALLAH
dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)..." 17:32


Tuesday, March 03, 2009

Program Motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor... ;)

Salam...

Alhamdulillah... berakhir sudah program motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 27Februari sehingga 01Mac 2009 anjuran UPG MMU Cyberjaya.. Program tersebut melibatkan 31 mahasiswa University Multimedia kampus Cyberjaya dan pelajar2 tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Selangor..

Pada hari jumaat, kami hanya sempat melakukan sesi pengenalan a.k.a ice breaking. Program diteruskan pada hari Sabtu dengan:
  • Ceramah Motivasi - Amalan untuk Kecemerlangan diri
  • LDK 1 - Matlamat dan Halatuju
  • LDK 2 - Stratergi Belajar
  • LDK 3 - Pengurusan Masa
  • LDK 4 - Pemikiran Positif
  • Riadah
  • LDK 5 - Potensi dan Perbezaan Diri

Hari Ahad, hari terakhir merupakan majlis penutup program motivasi dan sesi bergambar. Bertolak pulang semula ke MMU lebih kurang jam 1.30ptg.

Pengalaman menjadi fasilitator tidak akan dapat dilupakan.. Berkongsi pengalaman diatas kapasiti seseorang yang pernah melalui zaman seperti mereka, seseorang yang pernah tinggal di SBP, dan seseorang yang ingin melihat mereka2 ini berjaya membuatkan Izzah merasa gembira dalam menjadi fasilitator walaupun pada mulanya agak gugup. Trimas diucapkan kepada partner group, Radzi yg juga telah byk membantu..



p/s: Izzah merindui zaman semasa berada di kolej. Sangat2 bersyukur dan menghargai setiap kemudahan dan disiplin yang diterapkan dalam diri pelajar semasa di kolej dulu.. berharap agar suatu hari nanti, dapat pulang semula ke kolej dan berkongsi pengalaman dengan adik2 yang disayangi...;)