KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

MMU 10th Convocation!

Salam..

Alhamdulillah..tamat sudah MMU 10th convocation smalam..CONGRATS dan TAHNIAH diucapkan kepada sumer graduates tahun ni..ramai jugak yang izzah kenal, yang dah grad, yang izzah sempat jumpa n xsempat nak jumpa, sepanjang 3 hari convocation nih..
Abang Aizam, Abang Acap, Abang Hamdan, Abang Fahmi, Kak Fibo, Abang Fairuz, Aiman, Kak Kamz, Abang Hilmi, Prasaanth, Val, Kak NadD, Amir, Harris, Kak Lin, Kak Naemah, etc... CONGRATS lagi skali!!!!!

Dan seperti biasa, kalo ade convocation, mestilaa ade Convo Fest... dan macam biasa jugak, izzah akan menyibuks dalam ConvoFest.. buat muka xmalu sudah..hahhahahah.. xnak missed join ConvoFest..mmg dari alpha, join ConvoFest...

  • Convo Fest 2005 - Formal emcee for opening ceremony, Tun Siti Hasmah officiate.
  • Convo Fest 2006 - Assistant Director sub-event Saidina:Malaysia Book of Records.
  • Convo Fest 2007 - Assistant Secretary Convo Fest 2007.
  • Pesta Konvo 2008 - Secretary Pesta Konvo 2008.
  • Convo Fest 2009 - Crew for Florist.

Izzah xdelaa join sgt pon this time punya Convo Fest.. just turun weekend tu jap sebab nak tolong kawan2.. mmg dah janji awal2 dgn director Convo Fest 2009-Mansur, nak tolong diorang weekend... tp terstay plaks smp hari isnin...n stay smp hari isnin pon, sbb nak tolong chap.. best keje skali event dengan chap nih.. trimas chap!

Rasa best sgt coz dapat jumpa balik ramai2 orang yang izzah kenal... yang dah grad, yang jaga booth, yang ade kat campus, etc.. best sgt2.. excited.. even sangat penat jual2 bunga2 tuh, tp puas arr sbb cam dapat jumpa orang2 sumer, tegur2 sumer, bising2 sumer, citer2 sumer... waaaa, best3..dah lama xrasa perasaan camtuh!

  • trimas chap sbb tolong izzah n buat izzah rasa best dgn florist this week.. (even byk probs pon, tetap enjoy!)
  • trimas mie sbb datang tolong hari ahad masa tuh!
  • trimas shazwan sbb teman izzah sepanjang event...
  • trimas man sbb ade waktu izzah call...
  • trimas epul sbb luangkan masa kejap ngan izzah walaupon izzah tgh sibuk...
  • trimas rina sbb bagi peluang izzah tolong florist...
  • trimas mansur sbb bg izzah join convofest...
  • trimas aisya sbb tolong urutkan tangan wkt izzah tgh sakit giler2...
  • dan trimas kepada sumer2 komiti florist esp yang jaga kat FIT...korang mmg best! =)

Hmmm...xde pape nak cerita banyak pon.. okies.. nak sambung update log book!



p/s: gelak, ketawa, dan menangis satu kewajipan dalam kehidupan.. hargai setiap orang yang ada disisi selagi mereka masih disisi. trimas! :)

Tuesday, March 03, 2009

Program Motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor... ;)

Salam...

Alhamdulillah... berakhir sudah program motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 27Februari sehingga 01Mac 2009 anjuran UPG MMU Cyberjaya.. Program tersebut melibatkan 31 mahasiswa University Multimedia kampus Cyberjaya dan pelajar2 tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Selangor..

Pada hari jumaat, kami hanya sempat melakukan sesi pengenalan a.k.a ice breaking. Program diteruskan pada hari Sabtu dengan:
  • Ceramah Motivasi - Amalan untuk Kecemerlangan diri
  • LDK 1 - Matlamat dan Halatuju
  • LDK 2 - Stratergi Belajar
  • LDK 3 - Pengurusan Masa
  • LDK 4 - Pemikiran Positif
  • Riadah
  • LDK 5 - Potensi dan Perbezaan Diri

Hari Ahad, hari terakhir merupakan majlis penutup program motivasi dan sesi bergambar. Bertolak pulang semula ke MMU lebih kurang jam 1.30ptg.

Pengalaman menjadi fasilitator tidak akan dapat dilupakan.. Berkongsi pengalaman diatas kapasiti seseorang yang pernah melalui zaman seperti mereka, seseorang yang pernah tinggal di SBP, dan seseorang yang ingin melihat mereka2 ini berjaya membuatkan Izzah merasa gembira dalam menjadi fasilitator walaupun pada mulanya agak gugup. Trimas diucapkan kepada partner group, Radzi yg juga telah byk membantu..



p/s: Izzah merindui zaman semasa berada di kolej. Sangat2 bersyukur dan menghargai setiap kemudahan dan disiplin yang diterapkan dalam diri pelajar semasa di kolej dulu.. berharap agar suatu hari nanti, dapat pulang semula ke kolej dan berkongsi pengalaman dengan adik2 yang disayangi...;)

Sunday, February 22, 2009

SKI di MMU Melaka

Salam..

Pada hari Sabtu, 21 February 2009, bertempat di Exam Hall, Multimedia University (Melaka campus), telah berlangsung Seminar Kepimpinan Islam (SKI): Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa.

Alhamdulillah, Izzah bersama kawan2 lain dari MMU Cyberjaya campus (shud, wani, kak kunur, n awan) telah menghadiri seminar tersebut.. Kami bertolak dari cyberjaya lebih kurang jam 10.30malam dan sampai di MMU melaka kampus lebih kurang jam 11.45malam.

Seminar bermula sekitar jam 8.30am. Pengisian seminar tersebut dibahagikan kepada 3 slot.
  • Slot 1: Pembentangan Kertas Kerja, "Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad"
  • Slot 2: Forum, "Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa"
  • Slot 3: LDK, "Kepimpinan, Kerohanian, Kebajikan, Ekonomi, dan Hal Ehwal Wanita"
Alhamdulillah.. terlalu banyak input yang berguna yang izzah peroleh dalam setiap slot. Semoga apa yang Izzah peroleh dapat dikongsi bersama rakan2 seperjuangan, insyaAllah...

Seminar tersebut berakhir sekitar jam 6.30pm... izzah terus balik ke rumah anis.. nak luangkan baki masa yang tinggal bersama anis sebelum pulang ke cyberjaya..

Almaklumlah, bila berjumpa dengan anis, banyak shj cerita yang hendak diceritakan... malam tu plaks, abang leman blanjer kitorg makan dinner.. trimas abang leman..

Bertolak balik ke cyber lebih kurang jam 11.40pm dan sampai di cyber lebih kurang jam 12.50am.. Terpaksa balik semula ke cyber kerana menjadi faci untuk program Usahawan Dirancang 1 di Bangi keesokan paginya..

p/s: rindu kat anis!!! to amir, jgn lupa sambung citer!!! :)

Thursday, February 05, 2009

Orientation Program January Intake 2009

Salam..

Malaysia sekarang tgh hangat dengan isu ADUN Perak yang melompat2.. terkini statistik ADUN2 Perak- 28 PR, 3 Bebas, 28 BN... baru lepas membaca blog sir berkenaan pembubaran DUN Perak... Pesan Izzah kepada rakan2 dan kepada diri sendiri juga, walaupun kita sebagai students, kita haruslah peka dengan isu2 semasa yang sedang berlaku.. Bukan shj isu2 dalam negara yang perlu diambil tahu, isu3 global juga mesti diambil kira, seperti apa yang berlaku di Gaza, kemelesetan ekonomi dunia, etc...Hmm, jangan nanti kita dikatakan seperti katak dibawah tempurung pula..isk3..

Hmmm...sbnrnya, izzah nak update about Orientation Program January Intake 2009..:)

Bak kata ain shari dalam blog beliau, "Orientasi yang berakhir semalam sememangnya menjanjikan kenangan yang manis untuk diingati, namun pahitnya lebih banyak. "
Betul betul betul...no doubt for that statement...xtahu apa yang nak jadi dgn ________ ..hmm, yg pasti, kami semua telah melakukan yang sehabis baek untuk meneruskan program ini hingga berjaya keseluruhannya...Alhamdulillah....

Bermula dengan binding camp untuk semua orientation committees a.k.a OC pada 27 january. Registration untuk new students bermula pada 29 january. Orientation berlangsung selama 3 hari (29jan - 31jan). Seramai 171 students yang mendaftar, tapi cam biasa, yang turned up untuk orientation sereamai 121 org..50 org MIA...hahahha..

Lima kali menjadi OC, dan ini merupakan kali kedua, ditugaskan sebagai Discipline Master a.k.a DM...hahhaha..
  • kali pertama, menjadi Venue OC(Melaka)
  • kali kedua, menjadi OC special task
  • kali ketiga, menjadi mobile OC, dan terakhir
  • kali keempat dan kelima, menjadi DM..
Geli juga hati ini bila teringat kembali...hmmm, bilalaa agaknya pula hendak menjadi food OC...teringin jugak sebenarnya...:D

Bagi Izzah personally, bukan mudah untuk menjadi OC..esp DM.. hebat btol tugasan tuh..terpaksa menjadi hipokrit sepanjang orientation.. menjerit memarahi freshies bukanlah kehendak hati, apatah lagi memikirkan yang mereka semua sebenarnya sudah cukup matang untuk berfikir...tapi apakan daya, itu tugasan yang diamanahkan...mengajar dan menerapkan akan erti disiplin dalam diri mereka.. Moga mereka semuanya memahami apa yang hendak disampaikan..

Untuk surau session.. izzah bersependapat dengan ain, "sesi surau kali ini adalah yang terbaik."
Sepanjang 3 hari orientation, ada 3 orang ustaz jemputan yg telah diundang. Pengisian yang diberikan cukup terkesan dalam hati ini.. Untuk pengisian yang disampaikan, boleh baca kat blog ain..

Alhamdulillah, orientation telah pun berakhir.. Orientation untuk june intake nanti..? Masih menanti keputusan daripada kawan2 terdekat.. kita tunggu dan lihat sajalah nanti..

Some of the freshies...


2nd nite...some check points during Night Hunt


Last day..morning Roll Call


En Zam, Senior Director of Student Affairs..suppose to officiate the closing..but...


last nite...some of the groups during performance nite...

izzah n ain, secretary for the orientation program january intake 2009


Nur Mohamad Abadi, Coordinator for the Orientation Program January Intake 2009...
sian abadi..kepenatan btol..ape2 pon, you've done a great job!!!



Tuan Mohd Taufik, General Emcee during the orientation..
Hebat2..sentiasa bertenaga walaupon sakit2..Congrats!!



All the 4 DMs...Izzah, Ash, Chap, n Thinesh..:P



P/S: kepada yang berkenaan; Hepi Burfday, 5 February...


Monday, December 01, 2008

umar al faruq, BSN, alamanda, ytm, etc.. aktiviti sepanjang minggu..:P

Salam...

Hmmm..2-3 menjak nih, izzah xtau laa nape izzah rasa malas sgt3 nk update blog... hehehe...blog kawan2 yang laen sumer pon, dh lama izzah xbkk n baca... maaf kawan2.. insyaAllah, lepas ni, izzah akan kembali rajin semula untuk update n membaca...:)

Hmm...setakat minggu lepas, byk jugak yang telah dilalui...

1stly... last week, 1st tyme izzah jumpa dengan anak kesayangan kak ein n abg nasrul...

Namanya umar al-faruq..heheh, wktu jumpa si budak kecik tuh, 22th november 2008, kak ein kata, lagi 4 hari nk umar akan masuk 4 bulan... waaa, kiranya agak dh lama jugak xjumpa kak ein... hehehe..:D

gelagat umar al faruq sewaktu 1st tyme izzah jumpa dia...;)


2ndly...pada 27th november yang lalu, hari khamis, waktu mimie n shaza ada lab, izzah kuar gi jalan sorg2.. best jugak kuar jalan sorg2 nih..

Mulanya cadang nak gi tutup akaun bank BSN jer, coz ayah dah suh tutup.. Yelaa, mmg izzah dah xguna pon.. last guna berurusan dengan BSN, waktu form5 dulu, waktu tyme skolah. Dah masuk MMU sakarang ni, mostly guna AFFIN bank atapon CIMB bank.. Memula ingat nak gi kat Putrajaya, tp xsure kat mana, so izzah pegi yang kat Dengkil jelaa coz dh mmg tau BSN kat kawasan Dengkil tuh... masa nak tutup tu, akak tu tanya, "Betul ke dik nk tutup..kalau nak tutup kene charge RM10, pastu nnt kalo nak buat akaun baru, kene start dengan RM50...ataupon, adik xyah tutup akaun ni n just tinggalkan RM10 dalam akaun ni..."...Hmmm, pastu bila pikir2 balik sumer, izzah pon jawab, "hmmm, xpelaa akak..ayah saya dah pesan suh tutup, so sy nak tutup jelaaa.."hehheh..kene ikut apa ayah pesan suh buat..:P
Bank Simpanan Nasional cawangan Dengkil

No 159.. Lepas isi borang, tros amek no..tros kene panggil..xsempat nak duduk pon..:P

Lepas gi BSN, jalan2 jap kat kedai2 deret ngan BSN tuh..


Hmm.. pastu teringin nak gi Alamanda..nak tengok muvie sorang2...hahaha..xtau laa nape tetiba ada perasaan camtuh.. so, ape lagi, terus bwk keta menuju alamanda..hehehe.. hmmm, izzah smp kat alamanda dh nak dkt kol 3.muvie yg paling awal, Madagascar..hmm, dh tgk dh..2nd choice plaks, kol4.05pm, "Selamat Pagi Cinta".. ape lagi.. izzah tros beli tiket muvie tuh.. sementara nk tunggu kol 4 tuh, pusing2laa Alamanda, Masuk Carrefour, masuk kedai gambar, masuk kedai body shop, etc.. jalan sorang2.. best jgk...hahhahahh..

Pastu dh kol 4, tros gi masuk nk tgk muvie.. waaa, kosong panggung wayang tuh waktu 1st2 izzah masuk..sebelum muvie start, barulaa ade bebrapa org yg masuk..xramai pon..rsnya, dlm 10 org jer kot...hahahah..hmmm, citer "Selamat Pagi Cinta" tuh, biasa jer kot..xdelaa best sgt.. bagi izzah, best lagi citer sepi..hehehe...tp ape2 pon, citer tu mampu jugak buat izzah tergelak2 n nangis sorang2...izzah kalo tgk muvie sedih2, xsah kalo xnangis..hahhaha..
Tiket muvie "Selamat Pagi Cinta"..student rate, RM6...seat no B10..satu row tuh izzah nyer seat...hahahah :D

Kosong panggung wayang...xde org pon.hahhahah..


Habis jer citer tuh, kuar, solat, pastu gi beli brg2 sikit, shaza n ain pesan.. dah siap2 beli brg2 dorang, tros balik.. masa tuh, br kol 6 lebeyh..balik jer hostel, tros pening.. migrain menyerang..(isk3, sejak akhir2 nih, migrain suka menyerang..)tp, ape2 pon, mmg puas hati arr dpt kuar gi jejalan sorg2..(yelaaa, dh xde sape nak bwk izzah kuar jalan2..izzah bwklaa diri sendiri gi kuar jejalan...)


3rdly, 29th November 2008.. ade perjumpaan bebudak scholar ytm (cyberjaya campus).. Hmm, ade 4 session..

Sessi pertama, motivation talk yang telah disampaikan oleh En. Jufitri Bin Joha, Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Beliau telah menyampaikan talk bertajuk "MAHASISWA PERKASA, BANGSA ANGKASA". Antara isi2 menarik perhatian izzah:
  • Bukan shj negara bersaing dgn negara, syarikat b'saing dengan syarikat, tetapi juga, individu turut bersaing sesama individu
  • xcukup dengan hanya kelayakan AKEDEMIK, tp kene ada TALENT + SKILLS
  • 6bhs dunia sekarang: Bhs Mandarin, Bhs Inggeris, Bhs Perancis, Bhs Sepanyol, Bhs Arab, dan Bhs Rusia.
  • Komposisi gender di kampus (latest di Malaysia): 39.61%-lelaki & 60.39%-perempuan
  • Pengalaman merupakan cikgu yg keras. Ia memberi ujian sblm mengajar
  • Pemimpin xlahir dlm bilik kuliah, dia lahir dlm tgh2 kemelut masyarakat

Sessi kedua, career talk from En Mior Hamdan Mior Ishak, Mgr Human Capital Planning kat TM, bertajuk "CAREER PROGRESSION IN TM". Antara yang diperkatakan:
  • Broadbanding
  • Career Development
  • Specialist vs Generalist
  • Term of Employment
  • Staffs' benefits

Sessi ketiga, motivation+career talk from En Ibrahim Abd Rahman, bertajuk "TM MOTIVATION & CAREER TALK". Antara isi2nya:
  • I think, I feel, & I do!!!
  • Be positive, berbaik sangka dengan Allah
  • Vision boleh mengubah kehidupan seseorang itu
  • apabila buat sesuatu KEPUTUSAN, mesti ada KOMITMEN, mesti ada PENGORBANAN
  • If nak buat apa2 mulakan SEKARANG..ESOK belum tentu milik kita
Sessi keempat, sessi bersama kak dayah, advisor ytm kat melaka.. Kak dayah btau pasal details duit scholar yg masuk, pasal internship, n AOB...tp buat masa skarang ni, kak dayah terpaksa handle 2-2 campus, melaka n cyber coz cyber xde advisor lagi..bak kata kak dayah, insyaAllah, xlama lagi..ape2, leh jer contact kak dayah (hidayah.mohamad@tm.com.my or 013-3886783/06-2523725) contact En Khairul ( khairulizam@tm.com.my / 03-22401582) ataupun En Firdaus (03-22401598)

Izzah, Mina, n Anfal waktu habis program ytm..sempat bergambar waktu nk abes jer..:D xsempat nak tangkap gambar penceramah..khusyuk sgt dengar..:P

Lastly, smalam, 30 november 2008, izzah gi kenduri kawen ABG SHAH FITRI n KAK NORA...waaa.. best3..
Abang Shah Fitri n Kak Nora...Smoga sentiasa berbahagia!!!

Tp, rsnya, dh byk yang izzah type untuk entry kali ni.. so perjalanan ke kenduri abg shah, izzah akan update next tyme.....insyaAllah..

Tuesday, November 18, 2008

more updates on Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang

Salam..

Alhamdulillah.. td baru lepas post mortem untuk Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) Parlimen Sepang. Banyak jugak comment2 dan pendapat2 daripada pelbagai pihak. Yelaa, ini merupakan program pertama Wawasan Desa untuk kampus Cyberjaya. Semoga next time punya program dapat berjalan dengan lebeyh sempurna. Apa2 pon, credit to Den kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut. Ni more update gambar2 waktu kat sana. :)

Kat dalam bas sebelum bertolak pergi ke Homestay Sg Hj Dorani

Baru sampai di Homestay Sg Hj Dorani. Beratur bergerak bersama2 disambut oleh penduduk kampung dengan paluan kompang dan bunga manggar.

1st tyme bertemu dengan ayah angkat, En Ismail Bin Hj Jamal. Adik beradik angkat skali dengan mimie.

Taklimat sebelum memulakan gotong royong di Masjid An-Nur

Izzah, Mimie, n Nik membersihkan bahagian perempuan di Masjid.:)

Sesi menanam pokok.

Urusetia sibuk membincangkan persiapan Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup. Peserta2 pula sibuk bergotong royong memasak untuk lunch :P

Aktiviti seterusnya, di sawah. Semua excited dapat masuk sawah..:D

Aktiviti yang paling izzah "kureng" sikit, memancing... Waaaa, Izzah xsuka memancing...:P

Persiapan terakhir sebelum Majlis Penutup..:D

Izzah nyer partner untuk emcee Majlis Perasmian Penutup Program RMWD, Najib...

Para Peserta Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang 2008!!!

Untuk keseluruhan gambar semasa program ini, boleh klik di sini. Trimas kepada Ikhwan yang telah menjadi cameraman sepanjang program ini berlansung...

P/S: Gambar Izzah yang Ikhwan tangkap tak sampai 50 pon out of 800 lebeyh gambar. Petang td, ikhwan dah janji ngan Izzah, untuk jadi cameraman Izzah waktu Izzah kawen nanti, khas tangkap gambar Izzah bebanyak.. Izzah ingat janji Ikhwan tuh...:P

Monday, November 17, 2008

Program Rakan Muda Wawasan Desa 2008



Salam...

Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang, yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, di Homestay Kg Sg Hj Dorani, Sabak Bernam, Selangor membawa 1001 kenangan yang xakan dapat dilupakan. Seramai 40 orang pelajar MMU dan 17 keluarga angkat telah terlibat dalam program tersebut.

Bertolak dari MMU dalam jam 3 petang pada hari jumaat, 14 november 2008. Sampai di Homestay Kg Sg Hj Dorani dalam jam 5.30 petang. Disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar, dan dihidangkan dengan air kelapa dan kuih muih. Pembahagian keluarga angkat, Izzah dan Mimie jadi adik-beradik angkat kepada keluarga En Ismail Bin Hj Jamal. Hari pertama, kami sekelaurga bersembang2, bertanya itu dan ini sampai ke tengah malam.


Hari kedua, bangun awal.. Hehehe..b4 solat subuh dah siap2 mandi. Selepas breakfast bersama keluarga, aktiviti pertama. bersihkan kawasan masjid. Then, masa untuk tanam pokok, disempurnakan oleh den sebagai pengarah program. Selepas tu, semua pesera bergerak ke rumah YB (ayah angkat ikhwan) untuk aktiviti seterusnya. Gotong royong memasak untuk makan tengah hari. Tapi, kami urusetia, x menolong sgt masak2 ni, coz ade perbincangan untuk preparation malam ni n closing keesokan harinya. siap2 discuss, makanan pon dah siap...:P

Selepas selesai makan dan solat, aktiviti seterusnya, turun ke sawah. 1st time turun kedalam sawah (walaupon slalu balik kampung yg penuh dengan sawah).. Hehehe, habis sawah tu kami kerjakan. :P Pastu kami semua bergrak ke tali air. Ada yang sampai main lumpur. Semua excited turun ke sawah. Aktiviti seterusnya, memancing. Waaaa!!! perkara yang paling izzah xsuka. bagi Izzah, membosankan tahap dewa2 punya. hahaha..maaf.. Dahlaa xdapat sekor ikan pon. Ceh, hampeh btol. 2jam plaks tuh. Waaa, memang x dahlaa lepas ni, kalo nk pegi memancing pon, bwk buku ke, ape2 ker, at leats, boleh buat perkara yang tak membosankan. :P

Malam, Malam Kebudayaan. Sebanyak 4 persembahan daripada students MMU, dan 2 persembahan daripada penduduk kampung. Kuda Kepang dan Barongan. Barongan, pertama kali dilihat, agak pelik dan unik persembahan tersebut. Nak describe, xreti. Sori. Malam Kebudayaan berakhir lebih kurang jam 11.00pm.

Hari terakhir, makan breakfast bersama ayah angkat. Banyak perkara yang disembangkan termasuk soal perkahwinan. Hahaha... Pukul 9.00am, check out from rumah. Kembali ke center Homestay dan membuat preparation untuk Majlis Perasmian Penutup. YB Pn Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sg Besar, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajukan dan Masyarakat, yang merasmikan Majlis Penutup tersebut. Hmm, kembali berkerjaya semula sebagai emcee, sgt best. Dah lama x menceburkan diri dalam kerjaya emcee, buatkan izzah sedikit excited..:D Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Selesai shj majlis penutup, kami beramai2 makan Nasi Ambeng. Sedap, tp kitorg makan xhabis coz dh "rakan-rakan" sedulang asyik buat lawak jer. Asyik tergelak jer, sampai kenyang teros. Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke IKS. Mula2, IKS bahulu, kemudian minum air jus mangga yang fresh giler, kemudian ke nata de coco, dan yang terakhir, kerepek. Lepas semua tu, baru bertolak balik ke MMU. sampai semual ke MMU dalam jam 9 pm lebeyh.

Pengalaman yang sangat best!! Tak akan dapat dilupakan!! Trimas kepada sumer esp kepada mimie.. trimas sgt3... ;)