KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

TENSION betul dengan dia tuh...

Salam...





"Ishhh...TENSION giler tengok dia study...!"
"Hebat betul dia tuh..bilerlaa aku leh jadi hebat cam dia nih..? TENSIONnyerr!"
"................."


Pernah tak kawan-kawan menghadapi situasi-situasi seperti diatas..??
Jika tidak, BAGUS!
Sebab saya selalu merasainya..memang xboleh dinafikan,banyak kali..
TENSION sangat dengan orang2 didunia nih..

Tapi, bila muhasabah diri sendiri...bila difikirkan kembali...
KENAPA yer..???
KENAPA perlu mempunyai perasaan TENSION sebegitu sekali dengan perkara2 demikian..??

dan saya rasa saya tahu jawapannya untuk diri saya..

Saya tidak pernah sedar yang saya mempunyai kelebihan saya sendiri..bagi saya, saya langsung tidak mempunyai apa-apa kelebihan..saya hanya memikirkan yang saya serba teruk dan orang lain yang terbaik..
But, I just can't keep on saying and thinking like that...rite???

Waktu2 inilah, saya melihat semula dalam diri saya..

SAYA adalah SAYA..
Saya xboleh jadi seperti orang laen..
Kenapa saya perlu menjadi seperti mereka sedangkan dalam tidak sedar, mereka juga sebenarnya ingin menjadi seperti saya..
I must said that I am proud of who I am..


Just be YOURSELF!
Nothing can be as special as who you are to the world..
don't be ashamed or afraid to be you.
You are YOURSELF
once again,
Just be YOURSELF

Izzah sering berpesan dalam hati,
"Tatkala berdiri disuatu tahap,
Jangan sering mendongak mengeluh kekurangan diri...
Tetapi mendongaklah untuk terus mengejar mimpi..
Jangan pula memandang kebawah membangga kehebatan sendiri..
Tetapi pandanglah kebawah untuk menginsafi setiap yang terjadi..."



p/s: rasanya di post terakhir izzah untuk 2009..nak balik rumah dah hari ni..selamat bercuti kepada semua!! Jumpa tahun depan!! ;)

Thursday, May 07, 2009

life..

Salam..


Always Look Out
For Opportunities
To Give Someone
A Helping Hand...

You Never Know
When You Will
Need One...


p/s: satu jer lagi saya x delete...huhh!!!

Saturday, April 18, 2009

lari dari masalah???

Salam..

"Apabila sebuah pintu kebahagiaan tertutup, sebuah pintu lagi akan terbuka... tetapi kita memandang ke arah pintu tertutup itu dengan begitu lama sekali sehingga kita tidak nampak akan sebuah pintu lain yang telah dibukakan untuk kita..."

kalau nakkan ketenangan,
kita kene slalu mendampingi DIA..
kalau nakkan ketenangan,
lihatlah raut wajah kedua ibu bapa kita...

bukannya sengaja lari dari masalah..
cuma mahu mencari ketenangan dalam mengharungi cabaran..

dan sekarang..
kita harus bergerak kehadapan...
keputusan perlu dibuat..
risiko mesti ditanggung..
apa yang telah terjadi, biarkanlah..
kerana itu merupakan pelajaran dan pengajaran..
jangan asyik terus pandang kebelakang..
ingatlah!!!
kita masih belum gagal...
kita dikatakan gagal andai mengulangi kesilapan yang sama..

p/s: read more on my personal thought about this matter at izzahmeor.vox
p/s: sekarang, saya bergerak aktif dalam kedua-dua blog saya.. adakah ini maknanya saya suka menulis?? mungkin sebab saya tidak boleh melakukan kira-kira didalam blog...saya rindu nak buat math...:P

Saturday, April 11, 2009

ku mohon 'izzah dariMu...

Salam..

Ya Allah..
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Yang Maha Pemurah yang mentadbir seluruh alam..

Ya Allah Yang Maha Berkuasa,
Sesungguhnya, diri ini terlalu lemah...
Diri ini terlalu jahil...
Diri ini terlalu hina...

Ya Allah..
Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan...
Aku sedar ya Allah,
Aku tak layak untuk syurgaMu..
Namun ya Allah,
Aku tak sanggup..
Aku tak sanggup untuk menghapi nerakaMu..

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
Sesungguhnya aku bertaubat padaMu ya Allah...
Aku berserah padaMu ya Rahman...
Aku bertawakal padaMu ya Rahim...

Aku menangis bukan kerana dia..
Namun,
Aku menangis kerana Engkau
Aku menangis kerana aku terlalu lemah,
Aku menangis kerana aku terlalu malu kepadaMu...

Oleh itu Ya Allah yang Maha Menerima Taubat..
Janganlah Kau biarkan diriku ini dengan sekilas pandang...
Aku memohon keampunan dariMu..
Kau terimalah taubat hambaMu ini ya Allah...

Kini ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kau bantulah aku..
Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini...
aku memohon 'izzah dariMu..
dalam meneruskan perjuangan ini...
dalam meneruskan kehidupan..
dalam menegakkan kalimahMu..

Kau bantulah aku ya Allah
Kau bantulah aku ya Allah
Kau bantulah aku ya Allah...

Friday, March 20, 2009

slamat bercuti - mid term break!

Salam..

  • You must have a complete agreements between your WORDS and your DEEDS...a.k.a, WALK THE TALK
  • keBENARan yang TIDAK TERSUSUN dapt diKALAHkan dengan keBATILan yang TERSUSUN...
  • The only person that you can CHEAT in this world is you, YOURSELF!
  • Kita hendaklah sentiasa merasa diri kita FAKIR = rasa apabila kita TIDAK MEMILIKI sesuatu, dan TIADA SESIAPA pun MEMILIKI kita, kecuali ALLAH...
MANTAPKAN TARBIYYAH, SEMARAKKAN DAKWAH!!!

p/s: slamat bercuti dengan study dan assignments!!!

Tuesday, March 17, 2009

kelemahan diri...

Salam..

Kegagalan saya...
bukti kekuasaan Allah...
menyedarkan saya kelemahan diri...
Kita tak akan mampu,
untuk berdiri sendiri..
Tapi,
jangan pernah putus harapan..
kerana Allah tahu,
apa yang terbaik untuk kita!!!

coklat cadbury pengganti anis..xsempt nak jumpa anis..tp jumpa coklat cadbury...
maka anis = coklat cadbury...
makan coklat cadbury = makan anis..
hmmm...xmolaa makan coklat cadbury
:P



Thursday, March 12, 2009

KHAIRA UMMAH!!!

Salam..

Dikala sore itu
Aku melihat
Pelbagai ragam, pelbagai karenah

Dikala sore itu
Aku termenung, aku berfikir
Tatkala matahari semakin menunduk malu
Tatkala unggas-unggas pulang ke sarang
Tatkala itu jugalah, hati insan terus diulit kelalaian

Kita petah berbual bicara
Kita sibuk bermadu asmara
Namun, kita lalai tentang isu dunia
Kita tuli dengan isu politik
Malah, kita buta akan isu ekonomi
Apatah lagi sains dan teknologi

Bibir sudah lekang dengan selawat
Tetapi semakin bah dengan umpatan
Minda sudah serabut dengan pelajaran
Tetapi semakin kontang dengan pengetahuan
Dan akhirnya
Hati yang meronta-ronta
Dibiar mati begitu sahaja

Mengaku diri mencintai Allah
Tetapi tidak pernah berusaha mengenali Rasul
Berkata diri merindui Rasul
Tetapi sunnah
Huhh..hancur dilebur

Oleh itu wahai UMMAH
Bangunlah dari tidurmu!
Sedarlah dari mimpi-mimpimu!
BERSATULAH!
Dengan 'izzah yang gah
Dengan wahdah yang tak goyah
Untuk menegakkan khilafah
Dalam membentuk Daulah Islamiyyah

Anjakan sunnah Rasulullah
Dalam menjana KHAIRA UMMAH!!!

~izzahmeor~


Tuesday, March 10, 2009

lelah...

Salam...

penat..
sangat..
letih..
teramat..
dengan semuanya..
namun..
jangan kau berputus asa!!!
sinar cahaya...
nun dihadapan sana...!


Friday, February 13, 2009

HEBAT??!

Salam..

HEBAT..??
Hmm..xtau kenape tetiba rasa suka dengan perkataan "HEBAT" tuh sejak akhir2 nih..

Terasa HEBAT melihat orang yang HEBAT2.. Lebih2 lagi, dikelilingi dengan ramai sahabat2 dan lecturer2 yang HEBAT2...
Dalam minda terus berfikir, biler agaknya diri ini boleh menjadi HEBAT seperti mereka2 itu..?
Berasa bangga dan HEBAT apabila dapat bercakap, berbicara, dan berbual dengan orang HEBAT.. Tidak dinafikan, ada sedikit berasa diri terlalu rendah berbanding dengan mereka yang HEBAT2 itu...tetapi, AURA keHEBATan mereka membuatkn diri ini juga dapat merasai keHEBATan itu...
Yelaa, diri sendiri, dalam mimpi pon belom tentu boleh jadi HEBAT.. jadi, ape salahnya andai aura keHEBATan tuh terpercik dan dapat dirasai..

Mengkagumi dengan kebesaran Allah itu membuatkan hati ini terus menanam azam untuk menjadi HEBAT seperti mereka..hmmm, tetapi, persoalannya, BOLEHkah aku untuk menjadi HEBAT seperti mereka..?

Ape2 pon, trimas sgt2 kepada sahabat2 dan semua2 yang HEBAT2 yang ada disekeliling izzah yang sudi bercakap, berbicara, dan berbual dengan izzah... keHEBATan anda sedikit sebanyak memotivasikan diri izzah untuk menjadi HEBAT juga seperti anda!!!

p/s: membaca blog sahabat2 tkc, membuatkan diri ini merasa kembali begitu kerdil...kerana mereka semuanya sudah menjadi semakin HEBAT.. ntah biler izzah boleh menjadi HEBAT seperti mereka..?

Thursday, October 30, 2008

two weeks of holidays...:P

Salam...

Hmm..rsnya dh agak lama x update blog ni...heheh, bukannyer ape..semenjak 2 menjak ni, izzah lebih tertarik untuk membaca update drpd blog sahabat2 dan senior2 daripada update blog sendiri..:P

Heheh..cuti kali ni agaks laen sikitlaaa.. sbb ape??sbb malas nak balik umah....so, oleh kerana malas nak balik rumah, ddk lepak kat hostel kat cj jelaa..xtahu kenape izzah malas nak balik umah, tp yang pasti izzah mmg malas nak balik umah..:P
So, memandangkan hidup "kesepian" kat hostel ni, izzah dapatlaa menyiapkan beberapa perkara yang izzah pasti tak akan buat kalau izzah balik umah...:D
So, here goes....

1st activity...

Akhirnya, Izzah dapat juga menyiapkan report PESTA KONVO 2008. Hahaha..lama btol amek masa nak siapkan full report nih. padahal event dh berbulan2 yang lepas.. sori tuan director, Mohd Fahmi Fazreen a.k.a Chap...
Hmmm.. tapi report yang ENGLISH version jer pon yang dh siap..yang MALAY version blom siap lagi.. :p ...adelaa dalam 37% baru siap..isk3, mencabar btol nak buat report dalam bahasa melayu ni (coz event2 b4 ni sumer dlm english, tu yang jadi cam hampeh sikit tuh..isk3, teruk btol izzah ni..:( )


2nd activity...

Setelah berbulan-bulan buku yang telah diberi oleh seseorang, akhirnya Izzah habis jugak membaca buku "MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS", tulisan John Gray. Susah btol Izzah nak abeskan satu buku ni..hahah..kat bilik byk lagi buku yg ayah bagi x abes baca...xpe2, insyaAllah, lepas ni try balik tanam sikap suka membaca...hahaha..
Bagi Izzah, buku ni agak menarik dan very informative. Buku ini banyak mengajar Izzah dalam memahami makhluk2 dari Mars..:D Practically, mmg agak susah untuk meng implement kan ape yg telah dibaca.. yelaa, dari kecik, adik beradik sumer perempuan..skolah pon sumer perempuan.. isk3...susah btol laa nk memahami makhluk2 Mars ni yang bagi izzah, dorg ni mmg byk cekadak...:D (oopppsss...sori..:P)
Tp insyaAllah.. Izzah akan try sebaek mungkin utk implement perkara2 yang izzah tau..ape2 pon, sesama makhluk, kita hendaklah saling memahami...sebab lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan saling melengkapi..btol x..?


3rd activity...

Hmm..cuti ni byk gi jejalan ngan shaza...hahah..banyaklaa sangat.. setakat gi rumah deena, n jalan2 kat alamanda skali, sunway pyramid skali..:P..3 kali jer kuar dlm masa 2 minggu..erkkk..byk gaks tuh...
Hmm..gi kuar sunway pyramid smalam..ngan shaza ngan den..tu pon coz shaza nak beli JCO..coz nak celebrate burfday anip malam tuh..hmm..byk btol JCO yang shz beli...2 dozen...disebabkan ade promotion, 2 dozen shaza beli dengan harga RM 35.90...
Hmmm..ni 2nd time izzah rasa donut JCO...bolehlaaa..nak kata sedap, biasa jer..nk kata xsedap, sedap gaks arrr..hahaha...




yang 3 ni, shaza blanjer Izzah..:P trimas shaza..

4th activity...

Smalam, Izzah gi office Dr. Hairul (abg Hairul yg ajak suh dtg office dia ptg sblm tuh) ...Waktu tu ada Dr. Tay Lea Tien ngan Ms Teng Hse Tzia skali tgh discuss something.. memula tu, terpinga2 jgklaa dibuatnya coz xtau apa yang sedang dibincangkan..abg hairul kata, dgr jerk dulu, nnt dptlaa overview.. Alhamdulillah, dh dengar 2-3 minit discussion tu, barulah paham sikit2 ape sbnrnya yg tgh dibincangkan (at least xdelaa terpinga2 sgt...:P)...hmm.. mengikut apa yang izzah pahamlaa kan, mereka tgh bincangkan pasal nak research n developed something yang boleh detect geohazard cam flood ker, landslide ker, tsunami ker, etc...hmm, nak buat project tu, ade collaboration ngan USM n UNITEN...

Hmm..lepas dah habis discussion tuh, biler Dr. Tay Lea Tien ngan Ms Teng Hse Tzia dh kuar office abg Hairul, sembang2 laa jap ngan abg Hairul...Then, abg Hairul start tanya pasal studies..n focus more on final year project (fyp)...abg Hairul cerita ttg pengalaman student2 yg buat fyp n camner skarang ni pon, izzah dh boleh start buat research untuk fyp...bak kata abg Hairul, drpd duduk melanguk kat bilik xbuat ape2, better start buat some research n some project untuk persediaan buat fyp nnt.. try carik mana2 tajuk or subject yang kita minat sepanjang buat degree ni, n try to focus on that subject.. Carik mana2 yang interest, make some research about past year nyer fyp, n tros gi jumpa lecturer yg berkenaan...(kalo kita nak ilmu, kita yg kene gi carik, bukan ilmu tu yg carik kita...btol x?)
Hmm..so, biler dh dgr sumer tu, tros rasa bersemangat nk try tgk2 untuk fyp nnt...:D
So, untuk Izzah, mmg dari dulu lagi, Izzah minat math.. Alhamdulillah, biler izzah tgk balik result Izzah wktu degree ni, untuk math 1, izzah dpt A-, math 3, n 4, izzah dapat A, n untuk math 2 izzah dapat B+....hahaha..oklaa kot..Then, try tgk2 kat vlib bout past year nyer fyp collection... Nak tgk2 overview pasal tajuk2 fyp...So, based on Faculty of Engineering, ni beberapa tajuk yang cam menarik minat Izzah (walaupon xtau pon ape isi2nya...):

  • Design & Development of Handwriting Recognition System
  • Facial Expression Analysis for Virtual Reality Telecommunication System
  • Infrared Locking System/ Identification System
  • Intelligent Timetable Scheduling Using Fuzzy Expert System
  • Interior Point Algorithm Application To Real Power Optimization
  • Knowledge Based Algorithm for Source Identification
  • Motion Estimation Using Full Research Block Matching Algorithm
  • Optimization of Base Station Location Using Genetic Algorithm
  • Study of Characteristics of Facts

Hahaha..byk x..?padahal xtau pon ape isi2 dia..insyaAllah, lepas ni, try carik fyp2 tuh kat library...


Hmmm..stakat 2nd week cuti ni, tu jer kot keje Izzah..tgklaa 3rd week nnt sebelum habis cuti..maybe balik umah kejap kot..:P...xtau lagi cmner..kita tgk nnt...:D

P/S: Harap2 Izzah dapat tros istiqamah dalam melakukan perkara2 yg elok2...doakan Izzah...ameen...

Wednesday, October 08, 2008

update selepas ramadhan...

Salam...

Dah lama rasanya x update blog nih..bukannyer ape, focus dengan exam...hahahah..
So, hari ni, tetiba plaks rasa nak update... banyak benda yang nak dikongsi...:P

Pertama... izzah tertarik dengan berita yang berlaku hari ni...

Pak Lah akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009. Pak Lah juga membuat keputusan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti pada Mac 2009. Sebelum melepaskan jawatan tersebut, Pak Lah berjanji akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Aduan Khas. Hmmm...kalau nak baca lebih lanjut, boleh pergi ke link2 bawah ni:


####################################################################

Kedua...

Nak wish fid "HEPI BURFDAY fid!!!"... hari ni, tanggal 8hb Oktober 2008, burfday fid yang keberapa ntah...:P.. ape2 pon, izzah doakan semoga fid sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan... n semoga, cepat2 kawen...:D
Hari ni jugak burfday salah seorang mentee izzah...ibun..hepi burfday jgk kat ibun!!!

####################################################################

Ketiga...

nak wish "ALL DA BEST!!!" kepada semua yang ambil exam... izzah doakan supaya ilmu yang kita pelajari sentiasa diberkati dan dipermudahkan bagi kita semua untuk menjawab exam nnt.. beberapa tips sebelum menduduki peperiksaan:

  • Sebelum start stadi, make sure baca doa...
  • Ulangkaji mana yang patut...:D
  • Jangan stress2 sangat study tuh..:)
  • Study smart...
  • Try buat past year exam papers...
  • Jangan lupa solat hajat..
  • Banyakkan berdoa.. jgn lupa doakan dekat kawan2 kita jgk..
  • Jangan lupa solat walaupon tgh stadi bagai nak rak...
  • Stadi dalam keadaan berwudhuk..
  • Sebelum bkk exam paper tuh, jangan lupa baca doa, baca surah al-Fatihah, surah al-Insyirah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Naas...Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w...
  • dan paling penting skali...
  • jangan lupa bertawakal kepada Allah..;)

####################################################################

Keempat...
Izzah ade 3 more papers to go.. 1 dah lepas - Communication Network, Isnin, 6th October 2008, MPH Extension, 9.00am

3 lagi papers tu:
  • Law for Engineers, 13th October 2008, Grand Hall, 2.30pm
  • Digital Communications, 14th October 2008, FOM (CR0002), 2.30pm
  • Introduction to Power System, 18th October 2008, Grand Hall, 9.00am

Semoga kita semua dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan...ameen...

####################################################################

Kelima...
Memandangkan sebelum cuti masa tu, sir ade ckp yang izzah slalu meluahkan perasaan kat blog.. so, izzah decide nak buat lagi satu blog..blog untuk luahan perasaan..hahaha..
Lepas dh buat blog tu, byk izzah update kat blog tuh.. so, baru izzah sedar, izzah mmg suka luah perasaan rupa2nya... hahaha..btol jugak cakap sir tuh... trimas sir..:)
So, lepas ni, insyaAllah dah xde luahan perasaan kat blog ni dah...:P insyaAllah..(harap2nya laaa..)

####################################################################

So, rasa2nya... tu jelaa kot nak update blog nih... nak sambung stadi plaks...doakan izzah yer... gtg...see u soon...


Wassalam...

Saturday, September 13, 2008

perbincangan...

Salam..

Alhamdulillah...semalam, izzah dan beberapa orang sahabat dapat berborak panjang dan berdiskusi dengan seorang abang yang cukup izzah respect. Walaupun busy dengan kerja2 dan tanggungjawab yang besar dan banyak, beliau masih mampu untuk luangkan masa bersama kami membincangkan tentang isu2 semasa, hal2 agama, studies, dan sebagainya..ini adalah part of the discussion..(trimas kat sahabat yang menaipnya..)..:

Saya : Tahun ini SRC ramai Melayu.

Sahabat 1 : A’a. Hampir semua.

Beliau : Kenapa macam tu? Mana perginya Cina dan India? Sudah tidak berminat macam dulu lagi?

Sahabat2 : Dia orang nak bagi peluang kot. [sambil tersenyum, maknanya dia tengah buat lawak]

Beliau : Mungkin dia orang sudah dapat apa yang mereka nak. Menubuhkan persatuan agama secara rasmi.

Sahabat 1 : Betulke presiden baru ini terlalu terbuka?

Beliau : Yup, beliau memang amat terbuka berbanding presiden yang sebelum ini. Namun dalam sikap keterbukaannya itu, ada ruang ruang kebaikan. Iyalah..apabila bercakap pasal hal ini, pasti isu kebebasan untuk beragama akan menjadi sedikit masalah, tetapi dengan pembenaran mereka untuk mendaftar, kita dengan mudah tahu setiap pergerakan mereka. Jika timbul apa juga masalah, dengan mudah kita akan dapat mengetahui dan menegur seterusnya mengambil langkah yang sewajarnya. Berbanding sebelum ini, kita sukar mengesan dan mengetahui apa juga aktiviti mereka. Dan jika berjaya dikesan sekalipun, mereka tidak akan mengaku.


hmm..kata2 tu membuatkan baru izzah berfikir kesemuanya dari sudut pandangan yang berbeza...ada banyak kebenarannya juga..
Hmmm..mendengarkan kata2 lain selepas itu daripada beliau membuatkan izzah bersemangat untuk terus berjuang..insyaAllah..doakan izzah...

Hmmm...hari ni plaks, izzah sempat juga berdiskusi dengan seorang lagi senior yang sentiasa busy dengan tugas dan tanggungjawab yang telah dipikulnya..Alhamdulillah, perbincangan kali ni pula tertumpu kepada kemantapan sesebuah organisasi dan ciri2 seorang ketua dalam sesebuah organisasi di kampus cyberjaya ini sendiri..banyak yang izzah pelajari dari dia..Izzah berharap agar dia dapat menjadi nakhoda yang bagus dan dapat mengemudi kapalnya dengan baik..insyaAllah, izzah yakin dengan kebolehannya..sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik..

Dalam berbincang tuh, sempat plaks dia bagi komen pasal izzah..
"haha..izzah mmg ganaz..i mean..izzah is a strict well discilpined n strong principal headed person.."
Erkk...ye ker??:P

Hmm..so, ape pendapat anda sumer pasal izzah..harap2, sumer dapat bagi comment bout me..xkisahlaa yang baik ke(ahaks, ade ker?) ataupun mana2 kelemahan izzah(sure banyak :P)...supaya izzah dapat realize n try perbaiki kelemahan diri ini...sangat appreciate all your comments...
trimas in advance...;)

Wassalam..

p/s: Izzah cukup terkesan dengan ayat, "Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang.."..setiap perkara yang berlaku, Allah dah aturkan dengan baik sekali..so, jgn pernah menyesal dengan apa yang berlaku..trimas kepada seseorang di atas peringatan tu..:)

Friday, July 11, 2008

Pisang dan Hati

Salam..

ni izzah baru dapat email from akak izzah...menarik..so..just wanna share with all of u..

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

how friendship break...

Both friends will think the other is busy
and will not contact
thinking it may be disturbing
as time passes
both will think,
let the other contact
after that
each will think
why should i contact first
here your love will converted to hate
finally without contact
the memory becomes weak
they forgot each other...

so..keep in touch with all of your frenz..

Thursday, July 03, 2008

dear all my beloved friends....


" Friends are like jigsaw puzzle,
When one of the pieces is lost,
you can't complete the picture,
and you are like one of the pieces
that I can't afford to lose... "
Salam...

dear my friends...

we have shared the kind of friendship thats ground deeper thru the years. we've seen the ups, we've know the downs, we've share the smiles and tears. thank you very much for this great relationship... i pray that Allah will blessed our relationship as i will always treasure our memories together...i just want each and everyone of you knows that i am soo glad that our paths crossed...

really hope that our relationship will last forever...

Friendship Remain And Never Can End....







Monday, June 30, 2008

a true friend...

Salam..


especially dedicated to my dear anis,
"....A friendship is a relationship filled with intimacy, affection, acceptance, and most importantly TRUST...When trust is betrayed, the relationship is considered TOXIC!!"
This is the reality of the world that we have to face everyday and every moment. Its not an easy thing to find what we called a "TRUE FRIEND"


Friends are like oxide zink
It's yellow when its hot,
and
It's white when its cold..but
TRULY friendship is like...
Ferum (II) sulfate
Ferum(II) chloride
Ferum (II) oxide
It stays
EVERGREEN...

so,,be strong my dear!! i know you can face it..;)

Sunday, June 29, 2008

pasangan bercinta...

Salam...

Kata penyair sufi terkenal abad ke-13,Jalaluddin Al-Rumi; "...ketika aku mendengar cerita cintaku yng pertama, aku mula mencari-cari engkau...tidak tahu betapa butanya aku...pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya...mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi..."

Thursday, June 26, 2008

dear my TITANS...

Salam..




dear my TITANS,

if and only if you are reading this rite now,
i would just like to say that,
I MISS YOU sooo much!!!

i miss all the memories that we had together
i miss the 5 years time we spent at the college
i miss the laugh and the joy that u guys brought to me
i miss the time when all of us at Surau an-Nur
i miss the time when we prepared the english drama
i miss the noisy that u made in the dining hall

and above all this,
I MISS EACH AND EVERYONE OF U!!!
seriously,
no doubt at all!!!

Monday, June 23, 2008

stay the same...

Don't you ever wish
you were someone else
You were meant to be
the way you are exactly
Don't you ever say
you don't like the way you are
When you learn to love yourself
you're better off by far
And I hope you always stay the same
cuz there's nothin' 'bout you I would change

Tuesday, May 13, 2008

DON'T YOU QUIT


When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all-uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile but you have to sigh,
When care is pressing you a bit,
Rest if you must, but
DON'T YOU QUIT!

Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out.

Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learn too late when the night came down,
How close he was to the golden clown.

Don't give up though the pace seems low,
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out,
The silver lining of the clouds of doubt.

And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit,
It's when things seem worst that you
MUST NOT QUIT!