KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, February 26, 2010

YES..I MISS HIM!!!

Salam..

Setiap kali membaca kisah pemergiannya, air mata takkan mampu tertahan lagi..
setiap baris ayat, setiap saat yang berlaku, membawa penuh makna dan keinsafan..
apatah lagi jika merasakan diri terlalu kerdil..
terasa diri tidak layak langsung untuk mendapat cinta darinya..
sedangkan dia mengambil berat tentang diri ini dari sebelum kita dilahirkan lagi...

YES..I MISS HIM..
I really do..!!

dia yang ku rindu..
dia yang ku cinta..
Nabi Muhammad SallahLlahu'alaihi Wassalam..



p/s: salam Maulidur Rasul!! cuba untuk mencontohi 10 prinsip kejayaan Rasulullah saw..

Sunday, February 07, 2010

teringat...

Salam..

Orang cakap,
"Kalau kita teringatkan kat seseorang tuh, seseorang tu pon sebenarnya sedang teringatkan kita jugak..."

Btolkah..??

Saya sentiasa teringat akan kawan2 saya..
akan orang2 yang saya sayang..
akan mereka2 itu..

TAPI...

Persoalan yang sentiasa timbul berlegar dalam kepala minda..
"Agak2, mereka ingat x tentang saya macamane saya ingat akan mereka..??"

Tiba2, tatkala saya menaip ini, satu jawapan muncul..
"ALLAH tak pernah sekalipun melupakan hamba2Nya.. cuma hamba2Nya yang terlalu sombong dan ego untuk sentiasa mengingati Dia... "

Astaghfirullah hal 'azim...
Astaghfirullah hal 'azim...
Astaghfirullah hal 'azim...




p/s: sekarang, izzah sering ditinggalkan oleh rummate2 izzah...isk3...:'(

Wednesday, July 01, 2009

dibius cinta?!! ;)

Salam..

"Membiarkan diri dibius cinta,

itulah racun pemusnah cinta,

apabila cinta realiti,

diterbangkan ke langit impian,

hingga kaki tak jejak bumi,

tangan gagal menggapai awan."



Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?



p/s: keje yang best! :)

Sunday, May 03, 2009

ingat, beringat, peringatan... :D

Salam..

pesan seorang sahabat "cahaya keharumanku",

SENTIASAlah ingat 2 perkara:

  • Kebaikan orang kepada kita
  • Keburukan kita kepada orang

2 perkara yang JANGAN diingat:

  • Keburukan orang kepada kita
  • Kebaikan kita kepada orang

trimas wani diatas nasihat tersebut...

dapat notes diatas daripada wani selepas bertukar2 kad semasa IU dinner 2009.. nothing much to say about the dinner.. jom checkout the pics..:D
my 2 room mates...;)
mimie, ain ismail, izzah
bersama sebahagian tanzim IU 0809

p/s: jangan tekan brek waktu tgh bawak keta..kalo nak tekan brek, jom kita drift! :D (leh x camtuh?:P)

Wednesday, April 29, 2009

politik tak dapat menyelesaikan masalah umat?!!

Salam...

huhhh...
cuba fahamkan betul2 sirah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam...
lagi satu..
awak faham ke politik tu ape sebenarnya??!

*cuba critical thinking*

:D

p/s: saya tersilap antara bulu mata dan kening!!! duishhh!!! hahahaha

Monday, April 20, 2009

takut dengan MURKA ALLAH...

Salam..

Sedikit perkongsian daripada apa yang diperoleh dalam kuliah kerohanian hadis 40...
  • Adab dengan Allah:1)buat sesuatu amalan, bukan sebab natijah nak dapatkan syurga/neraka...2)sentiasa berbaik sangka dengan Allah, and dlm masa yg sama, baek sangkan sesama makhluk...(if kita baek sangka, Allah akan tolong permudahkan kehidupan, if slalu buruk sangka, makin Allah akan bebankan kita dengan kahidupan..)
  • Allah telah tentukan kehidupan kita..ahli syurga/ahli neraka..jadi, andai kita rasa kita baik, jangan terasa selalu selesa..dan andaikata kita rasa kita jahat, jangan terasa berputus asa...
  • Tumpukan pada REDHA ALLAH
  • Sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang berTAUBAT
  • Dosa paling besar = tidak yakin Allah akan maafkan kita...
  • Kita hendaklah TAKUT DENGAN MURKA ALLAH atas apa yang kita lakukan...bukannya TAKUT DENGAN MAKSIAT/DOSA yang kita lakukan...

Wednesday, April 01, 2009

3 perkara yang saya buat bila...

Salam...


Saya SAKIT HATI + MARAH!!!
  1. Ambil wudhuk
  2. Teringat pesanan ostad kaer, "bgtau izzah.. klu tgh marah srh die duduk. still marah gak srh die baring, still marah gak srh die tdo, mrh gak srh die tgk cite shin chan..."Hmmm, izzah xtgk citer shin chan sbb lepas tido, dh abes dah marah...:P trimas khair..
  3. Teringat kat citer "Hatiku Sebesar Cawan" kat blog abang zack..Hmmm, hatiku bukan sebesar cawan... :) trimas abang zack..

Saya SEDIH...
  1. Menangis
  2. Teringat lyrics lagu KEHIDUPAN nyanyian inteam & nazrey, "Jangan difikir derita akan berpanjangan...Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan...Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...Ujian adalah tarbiyyah dari Allah...Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya...Kesenangan yang datang selepas kesusahan...Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..."
  3. Ingat pesanan sir hazimin, "Biasalaa tuh, manusia..memang akan ada masalah...kalo xde masalah, bukan manusialaa namanya...gi solat n baca al-Quran..."Hmmm, trimas sir.. (sori izzah byk susahkan sir..)

p/s: Alhamdulillah..izzah GEMBIRA mempunyai kawan2 yang sentiasa berada disisi izzah dan memberi semangat kepada izzah...dan xlupa melayan pelbagai karenah izzah ini.. trimas to mimie, ain ismail, ain shari, qurratu' ain, mina, shaza, dan sumernyer...

Saturday, March 28, 2009

AL-FATIHAH...dalam kenangan, 1924-2009

Salam..

Buat opah tersayang,
SITI SARIPAH BINTI SYED AHMAD
1924-2009

Dulu,
OPAH sering meluahkan,
"Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai",
OPAH tak lupa menasihatkan,
"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam",
OPAH juga sering mengingatkan,
"Yang patah tumbuh, yang hilang berganti....",

Kini,
OPAH telah pergi,
Pergi menghadap Ilahi,
Perginya OPAH mengembara seorang diri,
Hilangnya OPAH tak akan pernah ada pengganti...

Dulu,
Tempat itu ada penghuni...
Kini,
Ia sunyi dan sepi...


Al-Fatihah...

Semoga Allah mengampunkan dosa2 opah dan semoga opah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Ameen...

Firman Allah s.w.t : Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
(surah An-Nisa: 78)

Friday, March 20, 2009

slamat bercuti - mid term break!

Salam..

  • You must have a complete agreements between your WORDS and your DEEDS...a.k.a, WALK THE TALK
  • keBENARan yang TIDAK TERSUSUN dapt diKALAHkan dengan keBATILan yang TERSUSUN...
  • The only person that you can CHEAT in this world is you, YOURSELF!
  • Kita hendaklah sentiasa merasa diri kita FAKIR = rasa apabila kita TIDAK MEMILIKI sesuatu, dan TIADA SESIAPA pun MEMILIKI kita, kecuali ALLAH...
MANTAPKAN TARBIYYAH, SEMARAKKAN DAKWAH!!!

p/s: slamat bercuti dengan study dan assignments!!!

Monday, March 16, 2009

post yang ke-100 :)

Salam..

Alhamdulillah..
post yang ke-100 sudah...

hmmm..
masih terngiang-ngiang apa yang ain katakan kat izzah pada malam hari khamis lepas..

sewaktu Izzah hampir putus harapan terhadap sesuatu perkara...ain mengingatkan..
"tulaa izzah...orang slalu cakap...benda yang kita nak sgt2, slalu kita susah or xkan dapat...tapi kan izzah, Allah kan ada berfirman, yang “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” "

hmmmm...trimas ain...

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia." -13:11-

p/s: tetiba izzah rindu kat deena n anis!!!