Berkunjung buat pertama kali ke laman blog seorang teman dari MMU Melaka, Nik Amin, izzah tertarik dengan satu entry beliau,
"Benarkah politik (siasah) kotor?"
Dipetik dari sumber HarakahDaily.Net tulisan Ustaz Zainudin Hashim, izzah teruskan membaca.
".....Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut)...."
p/s: Tatkala membaca artikel ini, teringat kepada seorang senior yang pernah mengatakan kepada saya bahawa "politik itu kotor!"...dan berterusan senior itu menghentam saya!
p/s:"hidup sekadar untuk hidup!"...saya lebih berminat untuk hidup berdikari...
