KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Tuesday, March 03, 2009

Program Motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor... ;)

Salam...

Alhamdulillah... berakhir sudah program motivasi di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 27Februari sehingga 01Mac 2009 anjuran UPG MMU Cyberjaya.. Program tersebut melibatkan 31 mahasiswa University Multimedia kampus Cyberjaya dan pelajar2 tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Selangor..

Pada hari jumaat, kami hanya sempat melakukan sesi pengenalan a.k.a ice breaking. Program diteruskan pada hari Sabtu dengan:
  • Ceramah Motivasi - Amalan untuk Kecemerlangan diri
  • LDK 1 - Matlamat dan Halatuju
  • LDK 2 - Stratergi Belajar
  • LDK 3 - Pengurusan Masa
  • LDK 4 - Pemikiran Positif
  • Riadah
  • LDK 5 - Potensi dan Perbezaan Diri

Hari Ahad, hari terakhir merupakan majlis penutup program motivasi dan sesi bergambar. Bertolak pulang semula ke MMU lebih kurang jam 1.30ptg.

Pengalaman menjadi fasilitator tidak akan dapat dilupakan.. Berkongsi pengalaman diatas kapasiti seseorang yang pernah melalui zaman seperti mereka, seseorang yang pernah tinggal di SBP, dan seseorang yang ingin melihat mereka2 ini berjaya membuatkan Izzah merasa gembira dalam menjadi fasilitator walaupun pada mulanya agak gugup. Trimas diucapkan kepada partner group, Radzi yg juga telah byk membantu..



p/s: Izzah merindui zaman semasa berada di kolej. Sangat2 bersyukur dan menghargai setiap kemudahan dan disiplin yang diterapkan dalam diri pelajar semasa di kolej dulu.. berharap agar suatu hari nanti, dapat pulang semula ke kolej dan berkongsi pengalaman dengan adik2 yang disayangi...;)

4 comments:

Anonymous said...

kesian gile group izzah..sikit giler orang mule2..

Anonymous said...

tapi izzah berjaya survive!!!
cayalah izzah

pakmat

izzahmeor said...

salam..

hehehhe..
group izzah kan hebat..:D

trimas den..
trimas pakmat..
;)

zliah said...

rinduuuuuuuu skola
:')