KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Wednesday, November 26, 2008

jemaah haji from Malaysia bagi tahun 1429H

Salam...

Hmmm...kali ni, izzah nak update pasal pemergian ayah n mak ke tanah suci untuk menunaikan haji petang td, 26 November 2008 bersamaan 28 Zulkaedah 1429..

Malam smalam, izzah sempat pegi jalan2 dengan ayah.. teman ayah gi masukkan duit sumer.. kluar rumah pon dh dlm kol 11malam, naek motor, round2 kL dengan ayah.. best3... tp xdpt nak setelkan sumer, coz lepas kol 12 jer, sumer atm nyer machine tergendala..cehh, hampeh tol.. so, tros balik umah.. sampai kat umah pon nk dekat kol 1 pagi dah...heheh, puas hati.. dah lama xjalan2 ngan ayah, ayah bwk naek motor...

Lepas balik umah tuh, xtros tido (walaupon dah kol 1 lebeyh wktu tuh)... teman ayah n mak kemas2 brg untuk persiapan terakhir b4 bertolak.. Waktu tuh, byk ayah n mak pesan.. esp pasal pengurusan kehidupan n kewangan sumer... ayah n mak kata, kalo ape2 happened, kitorg adik beradik jgn gadoh2.. isk3, xyah arr ckp cmtu...insyaAllah, kitorg sentiasa doakan ayah n mak selamat pergi dan kembali...ameen...

Hari ni, satu family ngan sedara mara lain yang dtg rumah, hntar ayah n mak kat Tabung Haji Kelana Jaya. Sumer jemaah haji berkumpul kat situ dulu sebelum naek bas dan tros ke klia. Bas dijadualkan bertolak jam 3.30 pm.. Kitorg sampai dalam kol 1..so, solat zuhur sumer kat situ tros laa..

Hmm,berpisah ngan ayah n mak dalam kol 3.45pm camtu.. sumer jemaah haji, masuk dalam kat tempat berlepas, untuk dengar taklimat sumer dulu b4 naek bas n tros ke klia. Mak kata, flight kol 7.30pm... Ayah n mak xbwk phone, coz ayah kata suh focus btol2 gi haji nih..xyah pikir laen dh..tawakal jer.. serahkan sumer yg ditinggalkan di Malaysia ni kepada Allah..

Hmmm...hari ni jer, dah banyak kali nangis... b4 ayah n mak masuk kat tempat berlepas tuh, menangis lagi... ntahlaa, bukannyer izzah xbiasa berpisah ngan family.. dari form 1 sampai skarang pon, duduk asrama jer, n jarang balik umah..tp xde ape2 pon.. tp kali ni, mmg btol2 sedeyh..izzah pon xtau kenapa.. Skarang, Izzah just berdoa yang ayah n mak slamat sampai kat sana, n slamat kembali semula ke Malaysia..ameen..

Ayah..mak..adik sayangkan ayah n mak... syg sgt3...InsyaAllah, sumernyer akan berjalan dengan baek..adik slalu doakan ayah n mak supaya selamat semuanya..
Ayah...mak...jangan lupa doakan adik yer..

beg besar ayah n mak.. nampak jer besar, tp ringan jer..coz ayah n mak xbwk byk sgt baju2 barang2 sumer...

Memula sampai awal, ingatkan kene register dh..rupa2nya, kaunter kat belakang tuh, kaunter untuk asrama, mana2 jemaah haji yang tinggal diluar kL dan selangor...

Ayah n Uda, abang ayah yg dtg from bota, perak.

pemandangan dari surau kat atas..byk canopy..xramai org lagi coz awal lagi..

Tabung Haji kat Kelana Jaya ni, berhadapan dengan ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz

Suasana di sekitar.. Orang yang datang semakin ramai..

Mak beratur untuk mendapatkan beg, name tag, dan sticker untuk dilekat dekat bag.

Dah siap2 amek bag kecik, name tag sumer2, bergamabr kejap before pakai ihram.

Ayah n Mak selepas pakai ihram...excited izzah nak amek gambar..ayah pon excited gaks suh tangkap gambar..yelaa, first tyme pakai ihram tuh...:)

Pinjam jap beg n name tag ayah untuk bergambar...konon2 jer..hehehe..insyaAllah, satu hari nnt..ameen..

one hepi family...dari kiri tok (belah mak yg dtg from kedah), mak, me, ayah, akak n dibah..

dibah yang menyibuks..akak plaks hilang..isk3...:P

my akak sedara n suami..abg lee n kak yana..

mak, adik, n ayah...adik sayang mak n ayah!!!

mak n aiman (anak kak yana n abg lee)..abes arr lepas ni, aiman rindu kat tok dia..

Akak n yon...yon pon dtg sekejap antar mak n ayah...

sempat snap gambar mak n ayah waktu mak n ayah tgh discuss something...heheheh.. my lovely parents...:)

Aiman dah tertido waktu nk balik..penat btol aiman hari ni...:P

Mak n ayah waktu masuk kat tempat berlepas.. Mak, ayah...i'll be missing both of u very much!!!

Tuesday, November 18, 2008

more updates on Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang

Salam..

Alhamdulillah.. td baru lepas post mortem untuk Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) Parlimen Sepang. Banyak jugak comment2 dan pendapat2 daripada pelbagai pihak. Yelaa, ini merupakan program pertama Wawasan Desa untuk kampus Cyberjaya. Semoga next time punya program dapat berjalan dengan lebeyh sempurna. Apa2 pon, credit to Den kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut. Ni more update gambar2 waktu kat sana. :)

Kat dalam bas sebelum bertolak pergi ke Homestay Sg Hj Dorani

Baru sampai di Homestay Sg Hj Dorani. Beratur bergerak bersama2 disambut oleh penduduk kampung dengan paluan kompang dan bunga manggar.

1st tyme bertemu dengan ayah angkat, En Ismail Bin Hj Jamal. Adik beradik angkat skali dengan mimie.

Taklimat sebelum memulakan gotong royong di Masjid An-Nur

Izzah, Mimie, n Nik membersihkan bahagian perempuan di Masjid.:)

Sesi menanam pokok.

Urusetia sibuk membincangkan persiapan Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup. Peserta2 pula sibuk bergotong royong memasak untuk lunch :P

Aktiviti seterusnya, di sawah. Semua excited dapat masuk sawah..:D

Aktiviti yang paling izzah "kureng" sikit, memancing... Waaaa, Izzah xsuka memancing...:P

Persiapan terakhir sebelum Majlis Penutup..:D

Izzah nyer partner untuk emcee Majlis Perasmian Penutup Program RMWD, Najib...

Para Peserta Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang 2008!!!

Untuk keseluruhan gambar semasa program ini, boleh klik di sini. Trimas kepada Ikhwan yang telah menjadi cameraman sepanjang program ini berlansung...

P/S: Gambar Izzah yang Ikhwan tangkap tak sampai 50 pon out of 800 lebeyh gambar. Petang td, ikhwan dah janji ngan Izzah, untuk jadi cameraman Izzah waktu Izzah kawen nanti, khas tangkap gambar Izzah bebanyak.. Izzah ingat janji Ikhwan tuh...:P

Monday, November 17, 2008

Program Rakan Muda Wawasan Desa 2008



Salam...

Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang, yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, di Homestay Kg Sg Hj Dorani, Sabak Bernam, Selangor membawa 1001 kenangan yang xakan dapat dilupakan. Seramai 40 orang pelajar MMU dan 17 keluarga angkat telah terlibat dalam program tersebut.

Bertolak dari MMU dalam jam 3 petang pada hari jumaat, 14 november 2008. Sampai di Homestay Kg Sg Hj Dorani dalam jam 5.30 petang. Disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar, dan dihidangkan dengan air kelapa dan kuih muih. Pembahagian keluarga angkat, Izzah dan Mimie jadi adik-beradik angkat kepada keluarga En Ismail Bin Hj Jamal. Hari pertama, kami sekelaurga bersembang2, bertanya itu dan ini sampai ke tengah malam.


Hari kedua, bangun awal.. Hehehe..b4 solat subuh dah siap2 mandi. Selepas breakfast bersama keluarga, aktiviti pertama. bersihkan kawasan masjid. Then, masa untuk tanam pokok, disempurnakan oleh den sebagai pengarah program. Selepas tu, semua pesera bergerak ke rumah YB (ayah angkat ikhwan) untuk aktiviti seterusnya. Gotong royong memasak untuk makan tengah hari. Tapi, kami urusetia, x menolong sgt masak2 ni, coz ade perbincangan untuk preparation malam ni n closing keesokan harinya. siap2 discuss, makanan pon dah siap...:P

Selepas selesai makan dan solat, aktiviti seterusnya, turun ke sawah. 1st time turun kedalam sawah (walaupon slalu balik kampung yg penuh dengan sawah).. Hehehe, habis sawah tu kami kerjakan. :P Pastu kami semua bergrak ke tali air. Ada yang sampai main lumpur. Semua excited turun ke sawah. Aktiviti seterusnya, memancing. Waaaa!!! perkara yang paling izzah xsuka. bagi Izzah, membosankan tahap dewa2 punya. hahaha..maaf.. Dahlaa xdapat sekor ikan pon. Ceh, hampeh btol. 2jam plaks tuh. Waaa, memang x dahlaa lepas ni, kalo nk pegi memancing pon, bwk buku ke, ape2 ker, at leats, boleh buat perkara yang tak membosankan. :P

Malam, Malam Kebudayaan. Sebanyak 4 persembahan daripada students MMU, dan 2 persembahan daripada penduduk kampung. Kuda Kepang dan Barongan. Barongan, pertama kali dilihat, agak pelik dan unik persembahan tersebut. Nak describe, xreti. Sori. Malam Kebudayaan berakhir lebih kurang jam 11.00pm.

Hari terakhir, makan breakfast bersama ayah angkat. Banyak perkara yang disembangkan termasuk soal perkahwinan. Hahaha... Pukul 9.00am, check out from rumah. Kembali ke center Homestay dan membuat preparation untuk Majlis Perasmian Penutup. YB Pn Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sg Besar, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajukan dan Masyarakat, yang merasmikan Majlis Penutup tersebut. Hmm, kembali berkerjaya semula sebagai emcee, sgt best. Dah lama x menceburkan diri dalam kerjaya emcee, buatkan izzah sedikit excited..:D Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Selesai shj majlis penutup, kami beramai2 makan Nasi Ambeng. Sedap, tp kitorg makan xhabis coz dh "rakan-rakan" sedulang asyik buat lawak jer. Asyik tergelak jer, sampai kenyang teros. Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke IKS. Mula2, IKS bahulu, kemudian minum air jus mangga yang fresh giler, kemudian ke nata de coco, dan yang terakhir, kerepek. Lepas semua tu, baru bertolak balik ke MMU. sampai semual ke MMU dalam jam 9 pm lebeyh.

Pengalaman yang sangat best!! Tak akan dapat dilupakan!! Trimas kepada sumer esp kepada mimie.. trimas sgt3... ;)

Thursday, November 13, 2008

biler duit scholar nak masuk ..? :P

Salam...

post ni "dipetik" from blog faizun.. trimas kepada faizun atas info ni..

Elaun Dak-Dak Ytm dah naik
sebanyak RM100 untuk Degree
berkuatkuasa 1 januari 2008
means
untuk semester nie dapat
RM 700 x 3 = RM2100
bulan 1-bulan 9 RM100 x9 = RM900
kalau lepas GPA3.00 dapat lagi RM700

wah kaya-raya....
semuanye RM3700


yang RM 100 tu sebagai top up untuk elaun sebelum nie
dari bulan 1 - bln 9
sebab kenaikan bermula 1 Januari 2008


Thanks la YTM.....


duit elaun sepatutnye masuk semalam (rabu)
tapi..person incharge ader masalah
nenek dia meninggal
so....
harap-harap esok dah masuk

got tagged by deena!!!

Salam...

Tag 6 people to do this quiz and THOSE WHO ARE TAGGED CANNOT REFUSE!
These people must state who they were tagged by and
CANNOT TAG THE PERSON WHOM THEY WERE TAGGED BY.
Continue this game by sending it to others.

*Let's Begin*

I Was Tagged By:
Deena!!!

I tag:
  1. Ida yg rajin buat tag :D
  2. Dena yg rajin gaks buat tag cam ida :P
  3. Ain yg first person tag izzah dulu :P
  4. Zaini yg 2nd person penah tag izzah :D
  5. Abang Acap yang izzah suka bc blog dia coz leh buat izzah tergelak sorang2 dpn laptop :P
  6. Rashid yg sentiasa izzah rindu :)

*Let the Questions Begin*

1. What is your name?
* Nor Izzah Binti Meor Abdullah ~ izzahmeor ~ izzah

2. How old are you?
* 21 kot...:D

3. What are the 3 electronics you can't live without?
* handphone
* handphone
* handphone

4. Are you amazing?
* erkkk...ntah..u tell me..:)

5. What is the brand of the phone you are using?
* nokia

6. What color is your phone?
* blue

7. Have you slept in school before?
* hahaha...everyday!!! :P

8. How long are you online in a day?
* if ade internet connection, bkk jer laptop, tros on9 :D...

9. How would you describe yourself?
* erkk...ntah...positive, negative, positive, negative, positive, ..... (bengong..:P)

10. What's your favourite topic to talk about?
* if izzah tau n ade modal nk ckp, ckp jelaa...

11. Which teacher do you like?
* Urmmmmm... mana2 yg baek ngan izzah, yang tu arr izzah suka :P (waaa, teringat waktu kat college dulu2 ;) )...

12. Who do you think is the most handsomest in your class?
* hahahha...ade ker..? lecturer kat depan kot...:P

13. Who are you currently aiming on?
* hmmm...susah nak jawab tuh... :P

14. Do you know a lot of your sibling's secret?
* hmm... x slalu balik umah, so xtau arr.. kalo balik umah, sumer benda tau..:D

15. How do you rate your sibling?
* they are the greatest sys of mine..love them so much!!! (homesick arr plaks..heheh)

16. Is your sibling gorgeous?
* yup...;)

17. Do you judge people?
* hmmm...sometimes kot...tp most of the time, pikir +ve jer..husnu dzon (bersangka baik) dalam setiap perkara...:)

18. Do you run?
*erkkkk...

19. Are you lazy to tag people?
* agak arr...stakat sebelum ni, xpenah tag sape2 pon lagi..heheh..:D (melainkan untuk tag kali ni..dh ade rules, so kenelaa ikot rules...)

20. Who was the last person you spoke on the phone?
* mak...

21. What is 2 + 2?
* can be infinite....:D

22. Who is your idol?
* our beloved prophet, Nabi Muhammad s.a.w n my lovely parents...

23. Are you a monster?
* hehehehe....berani dtglaa dekat..

24. Do you play with Barbie dolls?
* erkkk...pompuan giler..mmg x arr...:P

25. What was the last movie you watched?
* madagascar 2...(comey2...)

26. What do you think of your English?
* makin terok...isk3..help me!!!

27. What do you think about your Bahasa Malaysia?
* hahaha...habis tatabahasa ejaan sumer jadi tunggang langgang terbalik terguling2....

28. Who do you hate?
* hmmmmm....

29. Do you love yourself?
* of course i do!!!

30. Blurt out 5 ramdom words.
* froggy, comey, ngantoks, penin, tido... hahaha...

Monday, November 10, 2008

tambah lagi froggy2...:P

Salam...

Heheh...Alhamdulillah..bertambah lagi collection froggy yang comey... mimie bagi... hadiah burfday... trimas mie. suka sgt2 katak2 tuh..

Friday, November 07, 2008

Fiqh Al-Sirah 1

Salam..



Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga izzah menghabiskan 1 lagi bahan bacaan. Buku ni pon, izzah pinjam from Khair, dah agak lama, tapi baru habis dibaca. Buku yang dimaksudkan, "FIQH AL-SIRAH 1" tulisan Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti. Buku ni sebenarnya ada 3 jilid, tp izzah baru dapat menghabiskan baca jilid 1.

Terdapat 3 pembahagian utama dalam buku ni.

Pertama - muqaddimah. Antara yang disentuh, peranan kajian sirah Rasul dalam memahami Islam, Sumber2 sirah Rasul, Rahsia pemilihan Semenanjung Arab, dan Muhammad Nabi terakhir.

Kedua - kajian penghidupan Nabi Muhammad SallahLlahu'alaihi Wassalam dari kelahiran sehingga pengutusan.

Ketiga - kajian penghidupan Nabi Muhammad SallahLlahu'alaihi Wassalam dari pengutusan sehingga penghidupan baginda menetap di Madinah Al-Munawwarah.

Menarik baca buku ni. Selain daripada senang untuk difahami, lepas setiap peristiwa yang diceritakan, ada disajikan pengajaran dan renungan yang akan membuatkan kita lebih memahami hikmah disebalik kejadian yang telah Nabi Muhammad SallahLlahu'alaihi Wassalam tempuhi. Dan kita juga boleh lihat bagaimana usaha2 orientalis barat dan manusia2 yang tidak bertanggungjawab suka memutarbelitkan dan memberi tanggapan yang salah terhadap perjalanan hidup Nabi Muhammad SallahLlahu'alaihi Wassalam. Memang Izzah recommend untuk setiap orang baca buku ni, untuk memahami lebih mendalam perjalanan hidup insan yang paling kita cintai ini..

Saturday, November 01, 2008

someone is getting married!!!! :)

Salam..

Hmm..tadi chat jap ngan abang shah..abg shah fitri.. ..want to know something? he's getting married soon!!!
Waaa...best2...dapat kakak ipar...abg izzah sorang nih bakal berkahwin dgn permaisuri hidupnya...akak nora azliana :)
CONGRATS abg shah..kawen jgk akhirnya abang izzah sorang ni...

Ni izzah copy paste some of our conversation..:

Shah Yasin : izah
Shah Yasin : ermm
Shah Yasin : abg nk jemput ni
Shah Yasin : abg kawen 30/11

izzahmeor : waaaaaaa..

Shah Yasin : kad later abg kaisk

izzahmeor : tahniah2..
izzahmeor : congrats2..
izzahmeor : waaa..xsangka..
izzahmeor : nk dpt kakak ipar dh..
izzahmeor : best2..

Shah Yasin : heehe
Shah Yasin : tq
Shah Yasin : nnti bgtau laa ek
Shah Yasin : geng2 yg kenal abg tuh
Shah Yasin : jemput dtg
Shah Yasin : abg x larat nk kasik kad semua org
Shah Yasin : just nnti kasik kad wakil kat iza jerk laa utk semua geng2 ek

izzahmeor : hahah..
izzahmeor : make sure ade nama izzah..

Shah Yasin : ader...izah & the geng
Shah Yasin : yg the geng tuh jemput laa sape yg rapat2 n kenal abg nnti ek
Shah Yasin : tuh jerk nk bgtau

izzahmeor : okies..
izzahmeor : baek boss..
izzahmeor : arahan diterima..

Hahaha..pastu abg shah nk tido dah..dia buzz pon nk kol 12 dh.. so, kejap jelaa pon chat ngan abg shah..dia pon nk btau tu jer..heheh..
Ape2 pon...congrats abg shah...!!!