KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Monday, November 17, 2008

Program Rakan Muda Wawasan Desa 2008



Salam...

Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sepang, yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, di Homestay Kg Sg Hj Dorani, Sabak Bernam, Selangor membawa 1001 kenangan yang xakan dapat dilupakan. Seramai 40 orang pelajar MMU dan 17 keluarga angkat telah terlibat dalam program tersebut.

Bertolak dari MMU dalam jam 3 petang pada hari jumaat, 14 november 2008. Sampai di Homestay Kg Sg Hj Dorani dalam jam 5.30 petang. Disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar, dan dihidangkan dengan air kelapa dan kuih muih. Pembahagian keluarga angkat, Izzah dan Mimie jadi adik-beradik angkat kepada keluarga En Ismail Bin Hj Jamal. Hari pertama, kami sekelaurga bersembang2, bertanya itu dan ini sampai ke tengah malam.


Hari kedua, bangun awal.. Hehehe..b4 solat subuh dah siap2 mandi. Selepas breakfast bersama keluarga, aktiviti pertama. bersihkan kawasan masjid. Then, masa untuk tanam pokok, disempurnakan oleh den sebagai pengarah program. Selepas tu, semua pesera bergerak ke rumah YB (ayah angkat ikhwan) untuk aktiviti seterusnya. Gotong royong memasak untuk makan tengah hari. Tapi, kami urusetia, x menolong sgt masak2 ni, coz ade perbincangan untuk preparation malam ni n closing keesokan harinya. siap2 discuss, makanan pon dah siap...:P

Selepas selesai makan dan solat, aktiviti seterusnya, turun ke sawah. 1st time turun kedalam sawah (walaupon slalu balik kampung yg penuh dengan sawah).. Hehehe, habis sawah tu kami kerjakan. :P Pastu kami semua bergrak ke tali air. Ada yang sampai main lumpur. Semua excited turun ke sawah. Aktiviti seterusnya, memancing. Waaaa!!! perkara yang paling izzah xsuka. bagi Izzah, membosankan tahap dewa2 punya. hahaha..maaf.. Dahlaa xdapat sekor ikan pon. Ceh, hampeh btol. 2jam plaks tuh. Waaa, memang x dahlaa lepas ni, kalo nk pegi memancing pon, bwk buku ke, ape2 ker, at leats, boleh buat perkara yang tak membosankan. :P

Malam, Malam Kebudayaan. Sebanyak 4 persembahan daripada students MMU, dan 2 persembahan daripada penduduk kampung. Kuda Kepang dan Barongan. Barongan, pertama kali dilihat, agak pelik dan unik persembahan tersebut. Nak describe, xreti. Sori. Malam Kebudayaan berakhir lebih kurang jam 11.00pm.

Hari terakhir, makan breakfast bersama ayah angkat. Banyak perkara yang disembangkan termasuk soal perkahwinan. Hahaha... Pukul 9.00am, check out from rumah. Kembali ke center Homestay dan membuat preparation untuk Majlis Perasmian Penutup. YB Pn Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sg Besar, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajukan dan Masyarakat, yang merasmikan Majlis Penutup tersebut. Hmm, kembali berkerjaya semula sebagai emcee, sgt best. Dah lama x menceburkan diri dalam kerjaya emcee, buatkan izzah sedikit excited..:D Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Selesai shj majlis penutup, kami beramai2 makan Nasi Ambeng. Sedap, tp kitorg makan xhabis coz dh "rakan-rakan" sedulang asyik buat lawak jer. Asyik tergelak jer, sampai kenyang teros. Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke IKS. Mula2, IKS bahulu, kemudian minum air jus mangga yang fresh giler, kemudian ke nata de coco, dan yang terakhir, kerepek. Lepas semua tu, baru bertolak balik ke MMU. sampai semual ke MMU dalam jam 9 pm lebeyh.

Pengalaman yang sangat best!! Tak akan dapat dilupakan!! Trimas kepada sumer esp kepada mimie.. trimas sgt3... ;)

No comments: