KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Wednesday, April 29, 2009

politik tak dapat menyelesaikan masalah umat?!!

Salam...

huhhh...
cuba fahamkan betul2 sirah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam...
lagi satu..
awak faham ke politik tu ape sebenarnya??!

*cuba critical thinking*

:D

p/s: saya tersilap antara bulu mata dan kening!!! duishhh!!! hahahaha

Sunday, April 26, 2009

MMU AWARDS 2009


Salam...

Alhamdulillah...berakhir sudah MMU Awards 2009...

Plan asalnyer, nk duduk kat atas jer..coz just nak tgk2 jer..n lagipon nak teman mimie.. yelaa, kalo pegi pon, bukannyer ade ape2 pon..
Hmmm..tp last2, laen plaks jadinya...:P masuk gaks kat dlm grand hall tuh..trimas to chap yang blanjer...:D

Wahhh..xtau nak tulis ape sebenarnya.. nak comment pasal mmu awards??hmm, malaslaaa...maybe sebab teruja giler, coz chap dapat 3 trofi malam tuh.. terasa sangat bangga dengan chap.. terasa sangat bangga dapat kawan macam chap..terasa sgt bangga dapat duduk satu meja dengan chap... CONGRATZ CHAP...trimas chap...

AWARDS (Cyberjaya campus):
  • Student Leader of the Year Award (Male) - Mohd Fahmi Fazreen Bin Mohd Hanafi a.k.a chap
  • Most Outstanding Entrepreneurship Program Award - Pesta Konvo 2008
  • Organization Collaboration Award - Pesta Konvo 2008
Jom kita tgk gambar2...:D
Mohd Fahmi Fazreen Bin Mohd Hanafi... CONGRATZ CHAP!!!!

izzah, aisya, mimie, n shafa (secretaries n treasurer for Pesta Konvo 2008) (shaza tertinggal..shaza pon one of the secretaries)

Part of the committees of Pesta Konvo 2008

kitorang paling last masuk grandhall..event dh start, kitorg sempat ambik gambar dulu...




Waktu MMU Awards, sempat jumpa anis sekejap jer..anis kata, dirog tido kat NEA malam tuh..the next day baru balik..so, pagi td sempat jumpa anis, ida, nawwar, and etc.. siap gi breakfast sama2 lagi...suka bila anis datang!!! trimas ida for the pics!!! :) korg buat izzah gembira lagi hari ni!!! thanks a lot!!!

p/s: semalam, saya senyum sepanjang masa..best3...trimas chap, trimas mimie, trimas sumer...
p/s: setakat alpha, beta, gamma n delta...saya xpenah missed lagi gi mmu awards!! best2...nk cipta rekod jgklaaa...:P


Tuesday, April 21, 2009

industrial training...

Salam..

Saya akan melaporkan diri untuk menjalani latihan industri, pada 15 JUN 2009, jam 8.30pagi, di:

Customer Network Support
Retail Network Operation Center
Telekom Malaysia Berhad
Aras 1, Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur


Alhamdulillah...izzah dapat tempat intern yang jaraknya 7minit jer dari rumah izzah..jgn jelez yer kawan2...:D
Izzah juga dapat postponed intern izzah selama seminggu bagi memberi ruang kepada izzah untuk join orientation week june intake 2009/2010..

p/s: nak buat rekod sendiri, xpenah missed join orientation week sejak menjejakkan kaki di MMU..pengalaman menjadi OC untuk both campuses, Melaka n Cyber seawal alpha sehingga sekarang xkan pernah dapat dilupakan...

Monday, April 20, 2009

takut dengan MURKA ALLAH...

Salam..

Sedikit perkongsian daripada apa yang diperoleh dalam kuliah kerohanian hadis 40...
  • Adab dengan Allah:1)buat sesuatu amalan, bukan sebab natijah nak dapatkan syurga/neraka...2)sentiasa berbaik sangka dengan Allah, and dlm masa yg sama, baek sangkan sesama makhluk...(if kita baek sangka, Allah akan tolong permudahkan kehidupan, if slalu buruk sangka, makin Allah akan bebankan kita dengan kahidupan..)
  • Allah telah tentukan kehidupan kita..ahli syurga/ahli neraka..jadi, andai kita rasa kita baik, jangan terasa selalu selesa..dan andaikata kita rasa kita jahat, jangan terasa berputus asa...
  • Tumpukan pada REDHA ALLAH
  • Sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang berTAUBAT
  • Dosa paling besar = tidak yakin Allah akan maafkan kita...
  • Kita hendaklah TAKUT DENGAN MURKA ALLAH atas apa yang kita lakukan...bukannya TAKUT DENGAN MAKSIAT/DOSA yang kita lakukan...

Saturday, April 18, 2009

lari dari masalah???

Salam..

"Apabila sebuah pintu kebahagiaan tertutup, sebuah pintu lagi akan terbuka... tetapi kita memandang ke arah pintu tertutup itu dengan begitu lama sekali sehingga kita tidak nampak akan sebuah pintu lain yang telah dibukakan untuk kita..."

kalau nakkan ketenangan,
kita kene slalu mendampingi DIA..
kalau nakkan ketenangan,
lihatlah raut wajah kedua ibu bapa kita...

bukannya sengaja lari dari masalah..
cuma mahu mencari ketenangan dalam mengharungi cabaran..

dan sekarang..
kita harus bergerak kehadapan...
keputusan perlu dibuat..
risiko mesti ditanggung..
apa yang telah terjadi, biarkanlah..
kerana itu merupakan pelajaran dan pengajaran..
jangan asyik terus pandang kebelakang..
ingatlah!!!
kita masih belum gagal...
kita dikatakan gagal andai mengulangi kesilapan yang sama..

p/s: read more on my personal thought about this matter at izzahmeor.vox
p/s: sekarang, saya bergerak aktif dalam kedua-dua blog saya.. adakah ini maknanya saya suka menulis?? mungkin sebab saya tidak boleh melakukan kira-kira didalam blog...saya rindu nak buat math...:P

Wednesday, April 15, 2009

saya gembira!!! :D

Salam..

sape kata saya sedih..?
saya GEMBIRA dengan apa yang berlaku..
siyes..
saya xtipu..
sekurang2nya, saya tau saya diuji..
Allah menguji saya..
ataupun mungkin bala..

tapi..
yang pasti..
saya menjadi semakin tenang..
saya menjadi lebih mengerti..
yang saya sentiasa ada DIA..

"Adakah kamu mengatakan diri kamu telah beriman sedang kamu tidak diuji..?"

malam...

Salam..

Malam ni malam yang btol2 menguji kekuatan izzah..
Badan tros menggigil menahan air mata dari tros kluar mengalir..
Jari yang menaip semakin menggeletar...
Air mata semakin hendak tumpah..
Hanya boleh herlagak "slumber" dan senyum seperti tiada apa2 yang sedang berlaku..

tetapi..
hanya dengan kuasa Allah..
izzah menjadi kuat..
dan sebab itu..
izzah harungi jua..

dan

Alhamdulillah..
malam ini berakhir jua...

"Malam menemaniku, sepi memelukku..Bulan, jangan biar siang, biar alam ini kelam, biar ia sepi sepertiku..."



Tuesday, April 14, 2009

ketulusan hati

Salam...

Terdengar lagu nih, tetiba terkesan plaks dalam hati..
enjoy the song! :)

Ketulusan Hati (OST Aqso & Madina)
by: Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmat-Mu untukku...


p/s:trimas kepada semua yang sentiasa ada menemani,
memahami dan menasihati..
Alhamdulillah, izzah tau izzah semakin kuat!!! :
)

Saturday, April 11, 2009

ku mohon 'izzah dariMu...

Salam..

Ya Allah..
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Yang Maha Pemurah yang mentadbir seluruh alam..

Ya Allah Yang Maha Berkuasa,
Sesungguhnya, diri ini terlalu lemah...
Diri ini terlalu jahil...
Diri ini terlalu hina...

Ya Allah..
Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan...
Aku sedar ya Allah,
Aku tak layak untuk syurgaMu..
Namun ya Allah,
Aku tak sanggup..
Aku tak sanggup untuk menghapi nerakaMu..

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
Sesungguhnya aku bertaubat padaMu ya Allah...
Aku berserah padaMu ya Rahman...
Aku bertawakal padaMu ya Rahim...

Aku menangis bukan kerana dia..
Namun,
Aku menangis kerana Engkau
Aku menangis kerana aku terlalu lemah,
Aku menangis kerana aku terlalu malu kepadaMu...

Oleh itu Ya Allah yang Maha Menerima Taubat..
Janganlah Kau biarkan diriku ini dengan sekilas pandang...
Aku memohon keampunan dariMu..
Kau terimalah taubat hambaMu ini ya Allah...

Kini ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kau bantulah aku..
Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini...
aku memohon 'izzah dariMu..
dalam meneruskan perjuangan ini...
dalam meneruskan kehidupan..
dalam menegakkan kalimahMu..

Kau bantulah aku ya Allah
Kau bantulah aku ya Allah
Kau bantulah aku ya Allah...

Thursday, April 09, 2009

barisan kabinet baru...

Salam..

Alhamdulillah..
Mula2, saya selsema..
pastu saya sakit tekak..
diikuti batuk..
akhirnya, saya demam.. :)
Sekarang,
saya dah makin ok..

Tapi..
saya rasa makin pening plaks..
cam nak demam balik..
mungkin sebab..
tgk barisan kabinet baru..
menteri2 bersama portfolio masing2..
dan xlupa,
berita terkini mengenai Altantuya..
Huhhh..


(Prestasi anggota Kabinet diukur setiap 6bulan dengan PM terbabit secara langsung, dibantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan..)

Hurmmmm..
Kita tengok jelaa nanti camner..

p/s: saya perlu melakukan sesuatu untuk negara!!!

Tuesday, April 07, 2009

keputusan rasmi pilihan raya kecil, 7 April 2009

Salam...

Alhamdulillah..

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang:
Calon PAS: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (21,860)
Calon BN: Ismail Saffian (19,071)
Calon Bebas: Kamarul Ramizu Idris (62)
Majoriti: 2,789

Keputusan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau:
Calon PKR: S.Manikumar (12,632)
Calon BN: S.Ganesan (10,229)
Majoriti: 2,403

Keputusan pilihan raya kecil DUN Batang Ai:
Calon BN: Malcolm Mussen Lamoh (3,907)
Calon PKR: Jawah Gerang (2,053)
Majoriti: 1,854


Monday, April 06, 2009

dah boleh kahwin..:P

Salam...

Alhamdulillah..selesai sudah kursus pra-perkahwinan pada 4&5 April yang lepas.. Terdapat 8 slot kesemuanya yang perlu dihadiri bagi melayakkan diri untuk mendapat sijil..

Untuk hari pertama (4 April), seharian suntuk para peserta gelak dalam dewan kuliah.. sungguh menarik perhatian, cara penyampaian setiap penceramah..

Hari kedua, izzah tersentak sedikit dengan slot ke-7... Membincangkan mengenai kesihatan.. Di satu bahagian, penceramah menunjukkan video wanita mengandung melalui pembedahan ceaserian.. Wahhh, kesakitannya terasa.. begitulah cara mak izzah melahirkan kami adik-beradik.. kesemuanya melalui pembedahan ceaserian.. tak semena-mena, air mata mengalir.. memikirkan bagaimana mak melalui semua itu..



p/s: just tinggal ujian saringan HIV dan ujian talesimia..pastu dah boleh kahwin dah...:D
p/s: kita TAK akan pernah dapat membalas jasa ibu dan ayah kita.. oleh itu, sentiasalah mendoakan mereka dan hargailah mereka sementara mereka masih ada..

Friday, April 03, 2009

tamatnya pemerintahan paklah, bermulanya episod najib...

Salam..

  • Hari ini, tanggal 3 April 2009, Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 serta sumpah simpan rahsia dihadapan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi.
  • Abdullah Ahmad Badawi terima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong.
  • Jeanne Abdullah terima anugerah Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong.
  • Abdullah secara rasmi menyerahkan tugas PM baru kepada Najib di pejabat PM di Putrajaya jam 4.50petang tadi.
p/s: Trimas PakLah dan selamat bertugas Najib..Kita nantikan apa jadi dengan Malaysia dibawah "kepimpinan" Najib nanti..

Wednesday, April 01, 2009

3 perkara yang saya buat bila...

Salam...


Saya SAKIT HATI + MARAH!!!
  1. Ambil wudhuk
  2. Teringat pesanan ostad kaer, "bgtau izzah.. klu tgh marah srh die duduk. still marah gak srh die baring, still marah gak srh die tdo, mrh gak srh die tgk cite shin chan..."Hmmm, izzah xtgk citer shin chan sbb lepas tido, dh abes dah marah...:P trimas khair..
  3. Teringat kat citer "Hatiku Sebesar Cawan" kat blog abang zack..Hmmm, hatiku bukan sebesar cawan... :) trimas abang zack..

Saya SEDIH...
  1. Menangis
  2. Teringat lyrics lagu KEHIDUPAN nyanyian inteam & nazrey, "Jangan difikir derita akan berpanjangan...Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan...Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...Ujian adalah tarbiyyah dari Allah...Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya...Kesenangan yang datang selepas kesusahan...Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..."
  3. Ingat pesanan sir hazimin, "Biasalaa tuh, manusia..memang akan ada masalah...kalo xde masalah, bukan manusialaa namanya...gi solat n baca al-Quran..."Hmmm, trimas sir.. (sori izzah byk susahkan sir..)

p/s: Alhamdulillah..izzah GEMBIRA mempunyai kawan2 yang sentiasa berada disisi izzah dan memberi semangat kepada izzah...dan xlupa melayan pelbagai karenah izzah ini.. trimas to mimie, ain ismail, ain shari, qurratu' ain, mina, shaza, dan sumernyer...