KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Sunday, May 24, 2009

hepi burfday AIN!!!

Salam..




Start kenal waktu kat taiping, kem YTM waktu form4.. Orang kata, jodoh tak kemana.. ditemukan semula dkt kem "Perfect Score" untuk SBP Zon Selatan kat SBPI Selandar.. Seterusnya bertemu di Marang sewaktu pemilihan scholar YTM.. jodoh panjang betul izzah dengan ain ni...jumpa balik lepas plkn, untuk english course under YTM, selama 3bulan duduk bersama kat Millenium Court.. Alhamdulillah, sampai sekarang masih bersama sebagai rummate.. (huhh, dah bosan laa dgn ain ni..:P)

Simple, tapi complicated...
Tegas, tapi lembut...
Hahahah.. xreti camner nak explain..

Trimas ain..sori xtau nak cakap ape..ape2 pon, izzah sgt berterima kasih kat ain coz ain banyak ajar izzah especially dalam perjuangan islam nih.. ape2 pon, izzah just nak wish:

Hepi Burfday AIN!!!
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
Semoga dipercepatkan jodoh..:D
Stay gold, stay cute, stay you!
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan..
n All da best in ur life..


p/s: skarang dah ramai orang tua...hahahahha..:P

Thursday, May 21, 2009

huhhh... hari semalam yang....

Salam...
  • Stadi...
  • Stadi...
  • Stadi...
  • ~EXAM~
  • [erkkk..sempat tersenyum dekat lecturer tatkala termenung mencari jawapan :D]
  • fuhhh...
  • [cam xbiasa jer dengan exam..dari tadika dah jawab exam kan..?]
  • [ xde arah tujuan....]
  • blank...
  • ...
  • ...
  • ...
  • [lapa...masih xmakan breakfast, lunch, mahupun dinner..]
  • sambung blank...
  • ...
  • ...
  • ...
  • swimming..
  • pasar malam..
  • supernatural season 4 episode 21...
  • supernatural season 4 episode 22 (finale)...
  • [erkkk, biler season 5 nak kuar ek..?]
  • baca blog...
  • update blog...
  • ...
  • ...
hari ini yang dilalui, pastikan lebih baek dari semalam..
dan,
hari esok yang bakal ditempuh, pastikan lebih baek dari hari ini...


p/s: tengok ain & ain dah tido... saya sayang mereka berdua.. mereka betul2 merupakan "ain" saya sepanjang setahun ini... trimas ain&ain... :)


Tuesday, May 19, 2009

maaf

Salam...

Tadi lepas exam, bukak tv9..tengok citer aqso & madina.. dlm citer tu, tetiba izzah terkesan dengan kata2 aqso kepada isterinya, safira..


Maafkan kesalahan orang lain, walau ape pun kesalahannya...
dalam al-Quran, diulang berkali-kali...
sebab apa..?
sebab manusia paling susah untuk memaafkan kesalahan...


p/s: tengok tv, tengok juga..teringat ustazah kat college penah pesan, "nak baca buku doraemon pon ustazah xkesah, asalkan anda dapat pengajaran disebalik apa yang anda lakukan!!!"

Monday, May 18, 2009

exam, exam, dan exam... ;)

Salam...

merehatkan otak sebentar... :)
esok saya start final exam...

  • 19/05/2009 - Communication Electronics
  • 20/05/2009 - Mobile And Satellite Communications
  • 27/05/2009 - Digital Signal Processing
  • 27/05/2009 - Engineer and Society
  • 29/05/2009 - Java Technology

All The Best untuk semua!!!! Kita doa sama2... :)



p/s: risau xrasa risau...esok nak masuk exam, baru butterfly datang..chaiyok3... :P

Wednesday, May 13, 2009

gila kuasa..?!! huhhh...

Salam...

Sedikit kronologi:
  • Bermula dengan isu "KATAK" melompat.
  • Kemudian, RAMPASAN KUASA pun terus mengambil tempat..
  • bla...
  • bla...
  • bla...
  • Sidang DUN Perak yang kecoh
  • Nizar Menteri Besar yang sah - Mahkamah Tinggi
  • Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi
  • Nizar fail permohonan ketepi keputusan Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Rayuan tetapkan Isnin dengar permohonan Nizar

Sedikit berita related: (sumber: Malaysiakini)

*************************************************************************************

Sedikit pendapat:
  • keZALIMan RAMPASAN KUASA... adakah mahu membenarkan sahaja kezaliman menapak tanpa perlu berbuat apa2..? hendaklah menegakkan kebenaran, keadilan...dan semestinya menentang kezaliman..
  • Mari lihat dari sudut AMANAH... kerusi yang dimenangi semasa pilihanraya merupakan suatu mandat.. ini merupakan amanah dari rakyat yang telah memilih.. apabila mendapat suatu amanah, perlulah ditunaikan... dan apabila amanah tersebut telah dirampas, menjadi suatu tanggungjawab untuk mempertahankan amanah tersebut..
  • Dalam mengatur stratergi, kita hendaklah berfikiran jauh.. selak semula lipatan sejarah perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui bersama oleh Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam...



p/s: jangan jadi "katak" yang suka melompat...dan juga, jangan jadi katak dibawah tempurung!!!

Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak yang sah

Salam..

Petang tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak.

Alhamdulillah...

Bacaan lanjut: Hakim: Nizar MB Perak yang sah



p/s: exam mode... :)

Saturday, May 09, 2009

kaget...

Salam..


Pernah tak anda...:

tension dengan assignment dan orang-orang disekeliling anda...
lalu anda keluar.. keluar jauh dari tempat anda..
keluar ke suatu tempat yang pertama kali anda jejakkan kaki anda...
ke suatu tempat yang orang disitu tidak mengenali anda..
apatah lagi anda...memang langsung tidak mengenali orang disana..
mahupun terkenal seadanya..
semata-mata..
untuk mencari sedikit ketenangan dan kekuatan untuk bermula kembali..

namun,
dengan tiba-tiba..
seseorang menegur anda..
seseorang yang tidak dikenali..
lantas,
dia terus menceritakan 1001 masalah yang terbuku dihati..
menceritakan pahit getir kehidupan..
menceritakan tentang sebuah cinta dan pengorbanan...
menceritakan segala-galanya..
mengharapkan sebuah nasihat..
mengharapkan sesinar harapan..
dari diri anda..


****************************************************

Huhh..
saya jadi kaget..
lidah kelu 1000 bahasa..
"adakah ini ujian dari Allah...?"
dalam menyediakan diri saya untuk dunia luar??
sungguh!!saya tak sedia!!!
namun,
saya teruskan juga..
dengan secebis kekuatan yang terbuku..
saya terus mendengar,
mendengar,
dan mendengar...
dan hanya mampu memberi sedikit kata..
sementara hati terus berdoa...

maafkan saya..
saya tidak mampu melakukan apa-apa..


p/s: sape kata saya jarang pegi pantai?? saya selalu jer pegi pantai.. rumah saya kan kat pantai dalam.. ;)

Thursday, May 07, 2009

life..

Salam..


Always Look Out
For Opportunities
To Give Someone
A Helping Hand...

You Never Know
When You Will
Need One...


p/s: satu jer lagi saya x delete...huhh!!!

Tuesday, May 05, 2009

setahun sudah

Salam..


Alhamdulillah..
setahun sudah umur blog izzah..
namun,
penulisan masih belum matang..
pengisian masih dibawah tahap minimum..
perkongsian masih banyak ketinggalan..
banyak yang perlu dipelajari..
banyak yang harus diperbaiki..

doakan izzah terus istiqamah..
teringat pesan seorang sahabat,
memetik pesan seorang abi,
"istiqamah itulah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan.."

terima kasih diatas semua dorongan...
terima kasih diatas semua dokongan...
harapan agar semua dapat memberi tunjuk ajar..


p/s: senyum, senyum, senyum...salah ker kalo saya memang suka senyum?!! suka hati saya arrr...hahahhahah

Monday, May 04, 2009

birthday ayah!!!

Salam..

Tanggal 3 May 2009...genap umur ayah 52 tahun..MEOR ABDULLAH BIN MEOR AZIZ... seorang lelaki yang sangat saya sayang dan kagumi...bibirnya xpernah lekang dek nasihat dan peringatan...walau terdapat banyak kontra antara kami berdua, namun persamaan antara kami tidak kurang hebatnya... apa2 pun, saya cuma mahu ayah tahu,

saya sayang sangat dekat ayah!!!

p/s: saya kene rush...:(


Sunday, May 03, 2009

ingat, beringat, peringatan... :D

Salam..

pesan seorang sahabat "cahaya keharumanku",

SENTIASAlah ingat 2 perkara:

  • Kebaikan orang kepada kita
  • Keburukan kita kepada orang

2 perkara yang JANGAN diingat:

  • Keburukan orang kepada kita
  • Kebaikan kita kepada orang

trimas wani diatas nasihat tersebut...

dapat notes diatas daripada wani selepas bertukar2 kad semasa IU dinner 2009.. nothing much to say about the dinner.. jom checkout the pics..:D
my 2 room mates...;)
mimie, ain ismail, izzah
bersama sebahagian tanzim IU 0809

p/s: jangan tekan brek waktu tgh bawak keta..kalo nak tekan brek, jom kita drift! :D (leh x camtuh?:P)

Friday, May 01, 2009

BOROS vs KEDEKUT

Salam...

pagi tadi, tengok kejap siaran langsung sua rasa tv9.. aziz desa tgh temubual tuan guru nik aziz..tuan guru pesan:

"BerBELANJA biar jangan sampai BOROS..
BerJIMAT biar jangan sampai KEDEKUT..."

p/s: tengah kemas2 barang, terjumpa duit...yeay!! Alhamdulillah.. :D