KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Thursday, May 08, 2008

kucing oh kucing....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni, tepat jam 17:15, ibu telah selamat melahirkan anaknya yang pertama untuk kelahiran yang kedua..ibu terus melahirkan anak2nya. Yang kedua keluar pada jam 17:40, ketiga pula keluar pada jam 18:45 dan yang terakhir sekali keluar tepat2 pada azan maghrib iaitu pada jam 19:20..

Nama anak2 tersebut:
  1. Anak sulung - Spongebob = baby tersebut lahir waktu izzah tgh tgk Spongebob Squarepant yang ditayangkan di tv9 bermula jam 17:00
  2. Anak kedua - Patrick = baby tersebut keluar lepas spongebob. jadi mesti kawan baek spongebob. rupanya pula nk dkt sama dgn spongebob. yang membezakan mereka hanyalah pada ekornya (setakat sekarang yang dapat observe).
  3. Anak ketiga - Gary = diberi nama Gary, sebab lambat sangat nk tunggu dia kluar. lebih kurang sejam lebih jugaklaa lepas kelahiran patrick.
  4. Anak bongsu - Mr. Crab = yayan punya idea (maybe sbb yayan suka ngan mr.crab kot :P) bulunya warna laen drpd abang2 dan kakak2nya. dia the only anak kelahiran pada kali ini yang berwarna oren. disebabkan kami masih belum dapat mengetahui jantinanya, maka apabila diketahui nnt, jika dia betul2 adalah jantan, nama mr.crab dikekalkan. tetapi jika dia merupakan betina, namanya akan ditukar kepada sandy...;)
terdapat 6 orang bidan yang menyambut kelahiran bayi2 tersebut. diantara bidan yang paling setia menunggu sekali adalah shaza. di ikuti dengan izzah, yayan, ekin, ecah, dan juga anfal. semua dilihat begitu teruja dan berasa kagum dengan proses ciptaan Allah itu.
Subhanallah...Maha Suci Allah.


semasa menunggu mr.crab kluar. patrick yang selalu sesat berada di belakang ibu :P


Alhamdulillah..mr.crab dalam proses nak kluar melihat dunia


Ibu bersama-sama dengan anak2nya. Akhirnya, setelah penat lelah ibu bertarung nyawa selama lebih dari 2 jam. Lahirlah, dari bawah skali patrick, gary, mr.crab, dan spongebob.


Semua kejadian adalah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana ibu telah selamat melahirkan keempat-empat anaknya. Semoga ibu dan anak-anaknya dapat mendoakan kami untuk menghadapi final exam pada kali ini dan seluruh kehidupan kami.

Semoga ibu dan anak2nya dapat hidup dengan aman....ameen...


No comments: