Alhamdulillah..hari ni izzah dapat bagi makan sikit kat rohani yang dh lama xdapat..so, just nak share sikit pengisian yang telah diberi oleh seorang sahabat... hari ni, sahabat izzah sorang ni telah bawa tajuk CIRI-CIRI KEIMANAN, dipetik daripada buku "Bahtera Penyelamat" karya Ustaz Fathi Yakan...
Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dari semasa ke semasa, terutamanya mengenai sumbangan dan performance kita dalam melakukan kerja dakwah. Fahami diri sendiri dalam memberi commitment. Janganlah kita menyampaikan kepada yang lain, tetapi diri sendiri tidak berfikir.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yg bermaksud:
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?"
Juga firman Allah dalam surah al-Saff ayat 2-3 yg bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa2 yg kamu tidak lakukan."
Apabila kita mengajak org dlm melakukan kebaikan, kita mesti perform lebih baik daripada mereka. Ini bukan sekadar memenuhi tuntutan, tetapi menimbulkan rasa hormat dan walak mereka (mad'u) terhadap kita (dai'e). Allah telah menjanjikan, apabila berbuat sesuatu kebaikan, pasti akan mendapat ganjaran. Jadi, mengapa kita masih mempersoalkan dan bermalas-malasan?
CIRI-CIRI KEIMANAN YANG PERLU WUJUD DALAM DIRI SEORANG DAI"E:
- AL-TA'IBUN (orang yang sentiasa bertaubat)
- Kita hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap maksiat. Segera memohon ampun andai melakukan
- Kita hendaklah sentiasa takut dengan dosa2 yg kita lakukan melebihi takut kepada musuh2
- Ambil Rasulullah sbg contoh. Rasulullah yg maksum pun sentiasa bertaubat, 100 kali sehari, lebih 70 kali sehari..
- Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud, "Jauhilah dosa2 kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat laun akhirnya ia akan membinasakannya."
- Cari masa untuk berbicara dgn diri sendiri, menilai, mengkritik dan membersihkan diri drpd dosa2.
- Syarat2 dalam bertaubat:
- tinggalkan dosa tersebut
- menyesal dgn apa yg tlh dilakukan
- berazam utk tidak melakukannya semula
- jika dosa sesama manusia, hendaklah memohon maaf kepada org tersebut
- AL-'ABIDUN (orang yang suka beribadat)
- Surah Al-Zariyat ayat 56 yg bermaksud: "Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya merka menyembahKu."
- Dengan pengertian yg menyeluruh, kita dapat beribadat kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita.
- AL-HAMIDUN (orang yang bertahmid memuji kebesaran Ilahi)
- Hati2 terhadap nikmat yg telah Allah kurniakan
- Sekarang ni, ramai yg telah salah gunakan nikmat Allah.
- Kita hendaklah menggunakan nikmta tersebut dengan betul dan bersyukur dgn apa yg telah dikurniakan
- Firman Allah dlm surah Ibrahim ayat 7 yg bermaksud: "Sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu amat pedih."
- AL-SA'IHUN (pengembara2 di jalan Allah)
- Terdapat tana2 kebesaran Allah disetiap tempat
- Buat kajian untuk menambahkan lagi keimanan
- mengkaji, mengetahui sejarah2 cendiakawan...meneliti kesusahan dan iktibar yg boleh diambil, jadikan sebagai sempadan dan ikutan.
- dalam pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. kebatilan tidak akan bertahan lama, kebenaran shj yg akan kekal hinggak ke akhirat.
- lakukan penjelajahan, pengembaraan, bertafakur, dan bertadabbur (ambil iktibar dan pengajaran)
- Jangan lemah. Andai lemah, kembali semula pada Dia...
- Buta sebenar bukanlah buta dimata, tetapi buta dihati...
wslm..
No comments:
Post a Comment