KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Monday, August 25, 2008

Kata Ulama...

Salam...

Dipetik daripada Suara Keadilan, 20-27 Ogos 2008, m/s 24

Kes Akuan Bersumpah Saiful...

Kata Ulama:

"Kalau hakim perintah buat sumpah baru boleh bersumpah, bukan sumpah sesuka hati. Jikalau Saiful pandai2 hendak bersumpah juga tanpa perintah mahkamah syariah, maka sumpah yang beliau lakukan itu sia2 sahaja dan tidak memberi apa2 kesan."
- Prof. Madya Md Hasim Yahya

"Mana ada sumpah memegang al-Quran didalam Islam? Dalam ajaran agama Islam memang tidak ada bersumpah sambil memegang al-Quran. Saiful tiru kaedah yang terdapat dalam ajaran agama Kristian dimana orang yang bersumpah menjunjung kitab Injil."
- Sheikh Abdul Halim Abd Kadir

"Sumpah dengan meletakkan kitab atas tangan adalah seperti meniru amalan orang Kristian. Ini karut. Islam hanya menerima sumpah denagn menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi."
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan al-Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci dan ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam."
- Tuan Guru Abdul Hadi Awang

"Apa yang berlaku dalam kontek Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh. Mendengar Saiful memohon kepada Allah melaknatnya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebut berapa lama seolah-olah sampai kehari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan? Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan."
- Prof. Dr. Haron Din

Wallahu'alam...

No comments: