KEBAHAGIAAN bukanlah suatu noktah...tetapi suatu proses hidup yang sentiasa berterusan...
Maka, nikmatilah sepenuhnya sementara ia hadir...

Stay FOCUSED on the game, never look back, never feel the pain, coz you're the pain! -TITANS 0004

Friday, February 06, 2009

Teruskan perjuangan!!!

Salam..

Isu di Perak masih belum selesai.. Malah semakin hangat diperkatakan..
Makin banyak dibaca, makin banyak informasi yang diketahui, dan tak kurang juga, informasi yang diputarbelitkan.

Kadang-kadang, tergelak sendirian apabila melihat dan membaca laporan-laporan yang ditulis arus media perdana yang dikuasai oleh pihak2 tertentu cuba memutarbelit dan memanipulasi perkara-perkara sebenarnya yang sedang berlaku.. Sedih dengan keadaan mereka yang terkongkong dan terpaksa mengikut telunjuk pihak atasan..

Terkadang merasa diri diperbodohkan dengan berita2 palsu yang telah diputarbelitkan itu..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana masih membukakan mata ini untuk terus mencari kebenaran yang saban kali ditutup...

Allah kurniakan akal yang sempurna, maka berfikirlah!
Allah kurniakan mata yang nampak, maka lihatlah!
Allah kurniakan diri yang sempurna, maka BANGKITLAH!!!!

Teruskan perjuangan...
Jangan risau, Allah sentiasa bersama...
Allahuakbar!

No comments: