Salam..
Disebabkn cuti yang sedikit panjang, ayah mengajak pulang kekampung untuk melihat keadaan opah... Kampung yang terletak di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, Perak mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari kL..
Hmmm, sepanjang 3 hari disana, hari2 ada road block..cehh, bosan btol.. dibah (adik bongsu) sempat jgk bertanya pd mak, "kenapa asyik ade road block jer nih.."...Mak pon ckp takut ade org dtg nk buat demonstrasi ke, nak wat kacau ker, etc... biasalaa, dengan ketidakstabilan politik yang berlaku di perak sekarang nih..
Melihat keadaan kampung yang ADUNnya suka melompat-lompat, tenang seperti tiada apa yang berlaku. Cuma bendera2 parti-parti tertentu sahaja yang berkibar2.. Itupun, tertumpu di satu-satu kawasan shj seperti dkt simpang empat ke bota kanan dan juga dkt kawasan titi gantung..
dekat Titi Gantungmemula, bendera2 nih, waktu izzah ondaway balik hari sabtu tu, terpacak2 kat traffic light kat simpang empat nak masuk bota kanan.. tapi, biler izzah pegi the next day nyer, bendera2 ni telah dicabutkan dan diletakkan disitu...
Hmmm, sempat juga dengar orang kampung bercerita sedikit. Kini, sebahagian daripada mereka sudah sukar untuk mempercayai mana2 parti, baik BN mahupun PKR... Hanya mempercayai PAS shj.. Kata mereka, mereka mmg sudah betul2 tertipu dengan apa yang berlaku.. sampaikan hendak membaca suratkhabar pun terasa menyampah!!!
Tergelak juga melihat gelagat dan karenah tersebut.. tetapi jauh disudut hati, Alhamdulillah, sekurang2nya sekarang mereka sudah membuka mata, membuka minda...
Kat kampung, sempat juga singgah mandi laut di teluk batik.. Best sgt3.. dah lama xmandi laut skali ngan dbah ngan ayah.. hehehhe.. tapi sayang, akak xdapat balik bersama sebab terpaksa bekerja... xpelaa..insyaAllah, maybe next time..:D
Sebelum balik, sempat mengutip buah NANAM di belakang rumah.. sedap sgt3.. setiap kali balik, mesti xlupa amek..kat kampung pon, ade satu tu jer pokok NANAM tu kat blakang rumah.. Hmm, agak2nyer, generasi sekarang nih, kenal lagi x pokok nanam..??
Balik semula ke kL hari isnin ptg, bersama dengan dbah n emak.. ayah balik kemudian sbb ade perkara yang perlu diselesaikan.. perghhh..sgt penat drive.. balik kampung, drive..balik kL pon, izzah yang drive... Hehehe, skarang baru tau cmner ayah ngan mak penat biler lepas drive balik kampung...:P
Tadi, sebelum balik smula ke cyber, sempat singgah KLIA sekejap.. menghantar be'tun (kawan sewaktu di TKC dulu).. hari ni dia fly ke Australia.. sambung 2tahun lagi disana.. terserempak pula dengan chicky (kawan sewaktu di TKC dulu jgk).. skarang chicky tgh bercuti..study kat Australia gaks..katanya dia kira senior be'tun arr nanti kat sana... heheheh..best3 jumpa mereka2 ini..lama x berjumpa..tp tu arr, lama xjumpa pon xbest gaks, sampai xtau nak sembang apa...:P Ape2 pon, ALL DA BEST untuk be'tun n chicky...sentiasa ingat kat korang.. sentiasa ingat kat TITANS.. rindu sgt2 class of 2004..:)
Rabiatul Adawiyah a.k.a Be'tun n Izzah...Izzah n Nurul Saqinah a.k.a Chicky... p/s: walaupon opah dah semakin nyanyuk, beliau masih lagi sempat mengjar cucu2nya beberapa peribahasa:1) hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai... 2)Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... 3)Yang patah tumbuh, yang hilang berganti... ;)